Saya ada tertengok ada satu video makan yang diviralkan di FB. Kisahnya pasal megi ketam yang best. Bila tengok lokasinya, rupanya tak jauh daripada rumah saya. Pulak tu, saya pernah berkunjung ke kedai makan ni waktu namanya bukan yang sekarang ni. Apa pun, ini review saya mengenai restoran Megi Ketam Bistro yang terletak di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.
Dulu nama kedai makan ni Restoran Ustaz. Saya pernah makan sup Tom Yam waktu tu, boleh tahan sedap juga sup tom yam waktu tu.
Sign board Megi Ketam Bistro, boleh nampak daripada tepi jalan Sentul - Batu Caves.
Sori la gambar terbalik, boleh pusing smartphone anda kalau nak tengok menu yang ada. Saya malam saya datang makan tu tak order megi ketam pun sebab tengok ada menu set Shell Out bajet dalam RM30 lebih.
Set Shell Out ButterMilk bajet. Dari segi konten lauknya, bagi saya okaylah. Dari segi rasanya, isteri saya cakap macam ada sedikit kekurangan di situ. Bagi saya, asalkan perut saya kenyang untuk malam tu dah cukup bersyukur. Tahniah kepada yang buat video viral tu sebab memberikan info mengenai kedai ini dan berjaya buat saya datang ke kedai makan ni.
Apa pun, anda boleh cuba sendiri. Google je Megi Ketam Bistro Taman Batu Muda.
0 komen