Menebus Hadiah Cabutan Bertuah Family Day ASWARA 2019

Blog post ni adalah kesinambungan daripada blog post Hari Keluarga ASWARA 2019 di Indoor Arena Bukit Kiara. Selepas memenangi hadiah ke-2 cabutan bertuah, kini tibalah masa untuk redeem hadiah yang dimenangi. Dalam kotak yang ada no '2' dalam gambar hari tu cuma ada resit jer. Jom kita terjah kedai di mana hadiah kita disimpan:


Okay, sudah sampai ke kedai. Kedai elektrik Panasonic.


Saya persembahkan, inilah hadiah tempat ke-2 cabutan bertuah yang dimenangi hari tu.


Boleh tahan juga harga peti ais Panasonic ni. Dekat setengah jam jugak duk fikir macam mana nak buat dengan peti ais ni sebab kat rumah dah ada dah peti ais. Kalau nak jual kat orang lain pulak, sudah semestinya takkan dapat harga kedai ni, mesti kena jual pada harga lagi rendah.

Sekali tu, penjaga kedai tu kata boleh tukar pembelian dengan barang-barang lain dengan nilai yang sama atau top-up sikit kalau nak tambah. Apa lagi, memang rambang la mata isteri saya melihat semua barang-barang elektrik rumah yang ada di situ.


Mmm..nak tu lah. Eh..nak yang ni lah..Eh..tukar balik amek yang ni lah..


Mmm..ni boleh beli kat mak, ayah, mak mertua. Akhirnya setelah sejam berlalu, proses pemilihan hadiah akhirnya selesai.


Proses bawa balik hadiah. Mujur jugak la barang-barang elektrik yang dipilih boleh muat masuk dalam kereta. Kalau tak nak kena sewa lori bagai, bertambah pulak kos semata-mata nak bawak balik hadiah jer.



You Might Also Like

0 komen