Setelah hampir 5 tahun memakai cermin mata yang sama, tepi-tepi spek pun dah serpih-serpih sebab jatuh, tempat letak atas hidung tu pun dah tukar 3 kali (plastik tu mula-mula lembut tapi lama-lama jadi keras) akhirnya tibalah masa untuk menukar spek dan imej. Baru-baru ni saya ada terdengar adik ipar saya tukar spek di tempat murah di Sungei Wang, mulanya takde la plan pun nak tukar tapi bila isteri saya ajak tukar spek dia sekali, okaylah.
Gambar Sebelum..
Sebenarnya ada kisah jalan-jalan sebelum sampai di tempat ni, tapi dah pernah cerita sebelum ni jadinya kita buat di posting lain lah.
Gambar Selepas..harga cuma RM125 sahaja.
Mulanya kitorang duk pusing Sungei Wang ni cari mana la tempat kedai-kedai spek. Rupanya kitorang pusing kat level yang salah. Rupanya bersepah kedai cermin mata kat Level G dan Level 1. Pilih jer kedai mana, harga tak jauh beza sangat. Kat atas ni kedai yang kitorang pilih untuk beli.
Budak-budak pun sibuk jugak nak cuba spek.
Sebelum tukar spek, kena check mata dulu.
Tu dia..Gambar ni sebenarnya ada kaler tapi Google Photo ni buat ala-ala retro pulak belakang black and white.
Oh yer, lupa nak cerita. Kena letak deposit dulu RM50 dan tunggu sejam lebih sebelum boleh collect spek yang dah siap. Kedai ni hanya terima cash sahaja waktu tu.
Bingkai cermin mata ni dengan kanta cermin Fotogray (Photochromic Lens) berharga cuma RM250 sahaja.
Ni gambar sebelum tukar spek..ada satu tempat namanya Jumpa di sebelah Sungei Wang. Belum banyak kedai lagi dalam tempat ni.
Balik rumah naik tren Monorail.
Oh yer, harga murah tu sebenarnya untuk kanta cermin power di bawah 400, kalau lebih daripada tu harganya lain. Kalau komputer lens (blue light) semua tu harga lain. Jadi pandai-pandai la tawar menawar ye?
0 komen