Hari lahir saya tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Kebetulan pula isteri saya terpaksa berkursus di Langkawi pula jadi hantarlah ke KLIA.
Terima kasih kepada isteri saya yang buat IG Story kat atas.
Lepas hantar isteri ke KLIA, masuk la ofis. Tak disangka-sangka geng ofis buat surprise pulak. Siap nak buat prank lagi.
Terima kasih geng ofis, 1st time sepanjang kerjaya di sini disambut begini. Terharu Abang gitteww..
Bila balik rumah pula, mak saya buat hidangan kat atas ni. Terima kasih Ummi!
Tapi sebenarnya yang paling seronok adalah budak-budak sebenarnya, cuba tengok muka sorang-sorang.
0 komen