Apa Yang Ada Di Kedai LEGO di The Curve

Bila saya taip di Google Lego Shop, punya la banyak kat area Kuala Lumpur dan Selangor ni. Belum termasuk lagi yang Certified Store semua tu. Lego ni sebenarnya permainan saya daripada zaman saya kecik dulu. Sejarahnya, saya membesar di UK daripada umur saya 4 tahun sampai umur 7 tahun. Waktu tu bapa saya rajin beli Lego ni sebab kat sana harga memang sangat murah kalau dibandingkan kat Malaysia ni. Lego yang daripada zaman 30 tahun lepas tu masih lagi wujud kat rumah mak saya walaupun dah banyak hilang, sekarang ni anak-anak saya pulak yang sambung main.


Kedai Lego kat The Curve ni berhadapan dengan taman permainan indoor kanak-kanak. Kalau datang The Curve memang tumpuan utama memang area sini jer.


Membelek-belek Lego.


Tak lama pun duduk kat kedai Lego tu sebab di sebelah je ada Parkson dan dalam Parkson ada bahagian permainan kanak-kanak. Tengoklah aksi kat bawah ni:


Perbualan antara robot Transformers >> Tengok Video Di Sini



Aik, mainan Aladdin pun ada? Tonton ciri-ciri mainan best ini >> Tengok Video Di Sini


Taman Liburan.


Sebelah The Curve, ada eCurve. Dulu nama tempat ni lain, lupa dah apa nama.


Aksi tanduk bola VR Game  >> Tengok Video Di Sini

Sempat la pulak budak-budak ni pergi test VR kebetulan ada exhibition pasal Apps kat area depan eCurve ni.


Bagaimana mengecek Mama untuk belikan mainan >> Tengok Video Di Sini

Tiba-tiba mamanya hadiahkan mainan pulak sempena birthday katanya.


Dah dapat mainan, memang beraksi la yeop! >> Tengok Video Di Sini


Gaya terlebih budak sorang ni.

Bukan setiap minggu dapat pergi ke tempat-tempat macam ni, memang kopak la akaun banknya oi..

You Might Also Like

0 komen