Kenduri Kahwin di Dewan Lanai Anggun Selayang

Tahukah anda sekarang ni Google sebenarnya memang tak nak anda pergi layari internet di luar daripada Google Search? Realitinya memang macam tu pun, saya kalau nak cari maklumat apa pun, biasanya saya hanya akan cari di Google, dah jumpa maklumat terus cabut. Sama jugak macam  Zaman website dah bukan macam dulu, sekarang matawang yang paling utama adalah 'perhatian'.

Apa pun, sepupu isteri saya kahwin dan lokasi perkahwinan diadakan di Dewan Lanai Anggun Selayang. Saya pun pertama kali juga sampai ke tempat ni.


Berselfie dalam dewan.


Tapi sebelum sampai ke dewan, kami naik Toyota Alphard sebab parking tepi jalan dan menapak naik ke dewan agak jauh.


Seronok la budak-budak ni dapat naik Alphard. Sebenarnya diorang ni syok sebab mak bapaknya boleh layan diorang dalam kenderaan ni, kalau naik kereta sendiri mak bapaknya duduk depan tak boleh nak melayan. Tapi nak melayan pun sekejap sangat, tak sampai seminit dah sampai.


Pintu masuk Dewan Lanai Anggun.


Tahniah kepada Farhana dan Hafizi di atas perkahwinan mereka.


Suasana dalam dewan berhawa dingin ini.


Bersama pengantin lama.


Sekarang ni semua tempat kahwin ada lidi-lidi bertanda macam ni.


Pasangan lama beraksi.


Bersama keluarga besar kami.

Sekali lagi, TAHNIAH kepada Farhana dan Hafizi di atas perkahwinan mereka. Semoga anda berdua kekal bersama sehingga ke akhir hayat masing-masing.

You Might Also Like

0 komen