Kembali ke Perpustakaan Raja Uda Sempena Cuti Sekolah

Kali terakhir kami anak beranak datang ke Perpustakaan Raja Uda adalah pada tahun lepas. Selepas hampir setahun, kini tempat letak kereta yang dahulunya masih lagi di dalam pembinaan dah pun siap. Sebenarnya saya tak pernah plan pun nak datang ke sini tetapi disebabkan isteri saya ada bertemu dengan pelanggan mekap di tempat berhampiran, kami anak beranak pun ambil la kesempatan yang ada.




Parking ni dulu free jer, kini kena bayar RM2.


Menunggu kenderaan seterusnya.


Menariknya, walaupun dah siap tempat letak kenderaan ni, perkhidmatan buggy masih lagi beroperasi. Mungkin sebagai tarikan dan kemudahan kepada pengunjung perpustakaan ini.


Tengok la muka masing-masing seronok nak naik buggy.


Tak sampai 2 minit dah pun sampai ke pintu lobi utama.


Kami sampai dalam jam pukul 10 pagi.


Lebih kurang sejam lebih kami lepak di perpustakaan ni (budak-budak ni bukannya baca buku pun, banyak berlari sana sini jer), kami pun keluar bersiar-siar di luar perpustakaan disebabkan air-cond yang agak sejuk.


Cantik juga pemandangan di luar perpustakaan ni, mengadap sebuah tasik kecil.


Nampak tak ada latarbelakang Masjid Shah Alam belakang sana. Memang superb tempat ni.


Budak-budak tu duk sibuk cari ikan, kat tasik bawah tu banyak pokok kiambang.


Begitulah kisahnya lawatan ke Pustaka Raja Tun Uda bertempat di Seksyen 13 Shah Alam ni. Ada macam-macam aktiviti untuk anak-anak anda di sini jadi kalau ada masa terluang nak bersama anak-anak anda dengan kos yang murah, berfaedah dan selesa, tempat ni sangat saya rekomenkan untuk anda kunjungi.

You Might Also Like

0 komen