Lofarbag? Apa Benda Tu?

Dunia orang perempuan memang tak pernah gagal memberikan kejutan. Susah pulak nak terjemahkan bahasa Inggeris (Never fails to amuse me). Terlalu banyak produk-produk yang unik yang saya sebagai seorang lelaki tak pernah tahu atau tak pernah dengar. Itu baru produk, belum masuk servis-servis khas untuk perempuan yang ditawarkan, memang tidak terjangkau oleh akal fikiran lelaki saya ni.

Ataupun mungkin disebabkan sejak saya menjadi seorang bapa kepada 2 orang anak lelaki yang aktif dan tak pernah duduk diam kecuali tidur, saya dah tak berapa nampak perkara-perkara ini ataupun saya tak pernah nak peka dan tanya apa yang isteri saya suka semua tu. Apa pun, yang saya tahu adalah isteri saya merupakan peminat nombor satu Neelofa, beliau bukan sahaja dah pun jadi ejen jualan untuk produk-produk Neelofa, hadir ke booth jualan Naelofar di merata tempat, malah dah pun lama join Ekslusif Neelofa Fan Club bagi mengikuti perkembangan terkini Neelofa.

Kalau hari tu ada beliau hadir ke Majlis Neelofa di TTDI, kali ni beli beg tangan pula yang boleh custom letak nama sendiri. Sungguh hebat dan dahsyat penangan branding Neelofa ni. Bilalah pulak agaknya brand JayHemSem ni nak berpeluang at least jadi sedikit terkenal pun jadi la..


Saya sebenarnya agak kagum jugak, buat personalised item macam ni boleh bukak kedai di The Garden MidValley. Saya ingatkan benda-benda ni hanya boleh buat secara online sahaja.


Kat luar kedai tu lagi dah ada tulis Lofarbag 2. Maknanya sebelum ni ada versi pertama beg lofarbag ni.


Inilah dia lofarbag 2. Ada 5 warna pilihan. Kalau tak nampak boleh pinch to zoom tengok mana yang berkenan. Harga pun ada sekali tu.


Ni pulak beg Hanis Zalikha. Hanis Zalikha dah pun stop tulis blog tahun 2015 dan beralih ke Instagram dengan jutaan followers. JayHemSem pula masih setia lagi duduk tulis blog lagi walaupun dah lebih 10 tahun.


Design beg ribag hobo kalau daripada designer terkenal Rizalman ni kira biasa dah kut. Dulu design kereta Mitsubishi ASX pun Rizalman ada buat. Isteri saya pun sebenarnya Top Fan Rizalman ni. Hari-hari dia akan tengok IG Story Rizalman. Saya pun ada jugak tengok IG Story Rizalman ni sebab sangat entertaining dan unik cara dia buat story tapi takde la follow rapat sangat.



Ada macam-macam design beg lain lagi dalam kedai sometime ni. Boleh berkunjung sendiri la di The Garden MidValley ni. Tempatnya aga terpencil sikit tapi kalau cari mesti boleh jumpa punya. Kalau anda ada buat review selepas buat pembelian beg anda di sini, anda boleh claim RM20 off bagi pembelian seterusnya.


Blog JayHemSem ni sebenarnya tidak menerima sebarang imbuhan/komisyen/royalti pun dalam membuat promosi kedai sometime ni jadinya sekiranya Tuan Kedai ke sapa-sapa sponsor nak taja beg dengan nama JayHemSem kepada saya untuk saya review, memang kecil tapak tangan saya tadah terus..haha..


Habis collect beg Lofarbag 2, pergi jalan-jalan kejap dalam Mall MidValley.


Aik, Frozen 2 ada lagi ke kat MidValley ni?


Mall pun dah nak tutup dah sebab jam menghampiri jam 9.30pm. Naik beca dulu kejap sebelum ke kereta untuk balik. Nanti kalau isteri saya dah buat sesi unboxing Lofarbag 2 kepunyaan dia, saya akan letak update di bawah ni. Tunggu..

You Might Also Like

0 komen