Menonton Ejen Ali The Movie

Dulu waktu saya kecil, setiap hari Sabtu saya akan setia menunggu di depan TV untuk menonton rancangan animasi yang ada di TV. Saya masih ingat lagi siri animasi Dragon Ball adalah antara kegemaran saya, rasanya lebih 10 tahun siri tu ditayangkan. Menariknya adalah arwah bapa saya juga pun peminat siri kartun tu juga. Kemudian muncul pula siri animasi 3D, antara yang saya minat adalah Starship Troopers.

Kalau siri animasi 3D yang dulu punya pun dah menarik, zaman kecanggihan dunia komputer sekarang ni seharusnya lebih maju hadapan. Muncullah siri animasi Ejen Ali pada tahun 2017 di TV3. Ejen Ali bagi saya lagi menarik berbanding Boboboi disebabkan jalan ceritanya yang lebih logik dan futuristik. Saya punya handphone ringtone sampai ke hari ini masih lagi guna lagu tema pembukaan Ejen Ali.


Kalau dah bapak peminat Ejen Ali, memang berjangkit ke anak jugaklah.


Aisey, rambut dah nak sama dah, patut kena sikat ke atas sikit jer..haha


Bersedia untuk menonton.

Setelah membaca review orang lain yang mengatakan filem ni memang terbaik. Sememangnya Ejen Ali The Movie: Misi Neo setelah saya sendiri menonton adalah setanding dengan filem animasi daripada US. Tak sabar untuk filem Ejen Ali The Movie: Misi Satria pula untuk keluar.

You Might Also Like

0 komen