Pengalaman ke Big Bad Wolf 2019

Big Bad Wolf (BBB) ni rupanya telah ada sejak tahun 2009 lagi, tahun di mana saya dan isteri saya bernikah. Saya banyak kali jugak dengar pasal BBB ni tapi tak pernah rasa nak pergi pun sebab zaman sekarang ni apa barang beli buku fizikal, beli eBook dah la kan? Namun begitu, eBook ni sebenarnya agak mencabar jugak nak baca sebab kalau guna handphone baca eBook, sekali tu notification chat masuk, dah terganggu pulak fokus, tengah baca-baca lagi sekali tu FB notification pulak muncul, dah terpengaruh pulak tengok video YouTube. Jadinya, ada baik jugaklah kalau baca buku yang betul-betul wujud guna tangan daripada mengadap skrin je. Kalau anda seorang pembayar cukai pendapatan pulak, anda boleh guna resit beli buku tu untuk claim pengecualian cukai.

Sebenarnya saya macam ragu-ragu nak datang ke BBB pada asalnya sebab dengar cerita seram pasal susah nak dapat parking, ramai orang tak ingat dan macam-macam cerita. Tapi disebabkan nak tahu jugak BBB ni macam mana dan isteri saya pun memang teringin sangat nak pergi dan nak bawak budak-budak ni bagi diorang rajin membaca sikit sebab duk asyik mengadap fon jer, maka selepas pergi kenduri kahwin di Seremban, balik tu singgah dan redah jer la The Mines tu. Mujur dapat parking senang, mungkin sebab dah lewat petang hari Ahad kut.


Wajah suci murni pengunjung yang pertama kali datang BBB sepanjang sejarah kewujudan BBB ni.


Pengaruh Ejen Ali masih lagi tidak dapat disisihkan.


Aksi Ejen Ali masih lagi ada dalam kotak pemikiran.


Sejarah BBB ditunjukkan secara visual sebelum masuk ke dalam dewan.


Kalau ada buku, kena la ada alat tulis, kasi borong semua sebelum sekolah buka kembali.


Tu dia, belambak-lambak troli. Kalah Tesco dengan Giant.


Pemandangan apabila pertama kali masuk dalam dewan BBB ni.


Fuh..dah rambang mata dah tengok buku-buku semua.


Tengok gambar je tak syiok sangat. Kasi tengok video la baru puas hati. - Tonton Video


Keterujaan apabila tengok buku-buku pop-up ni. - Tonton Video


Inilah buku yang dicari-cari, Ejen Ali!!


Kasi borong semua buku Ejen Ali!


Buku lain dah tak hirau dah, Ejen Ali tetap dihatiku.


Buku Angry Birds pun ada - Tonton Video


Minecraft pun ada buku jugak? Terpaksa angkut buku dalam bekas tin ni.


Sayup mata memandang.


Ada pulak kumpulan koir sempena krismas duk buat persembahan.


Buku dalam tin Batman.


Acah-acah baca buku je sebenarnya diorang ni, padahal tengok gambar jer.


Masuk dewan pukul 7.30pm, pukul 9pm baru nak check out bayar. Tukang jaga kaunter ni cakap waktu kitorang datang ni crowd dah macam kurang sikit, hari sebelumnya lagi ramai dan sebenarnya lagi ramai adalah pada sebelah tengah malam.


Ada apps rupanya, kalau tahu sebelum masuk tadi boleh la download.


Penuh satu beg plastik besar. Masih lagi dalam mood Ejen Ali.


Bergambar kenangan di BBB.


Disebabkan kami terparking di The Mines Shopping Complex, terlalu lah di main area dalam The Mines, ada rumah salji rupanya.


Boleh masuk 30 minit jer Snow Land ni.


RM20 per entry. Kalau ada spare RM20 boleh la merasai pengalaman salji ni.


Tengok budak tu main gelongsor salji. Nampak macam syiok pulak. - Tonton Video

Begitulah pengalaman kami ke BBB tahun 2019 ni. Insya'allah kalau berkesempatan lagi, kita datang lagi ke BBB pada tahun 2020 pula.

You Might Also Like

0 komen