Berikut adalah pengalaman 8 hari merawat anak saya yang terkena virus demam denggi dan mendapat rawatan sepenuhnya di Klinik Kesihatan Batu Kuala Lumpur.
Sejak beberapa minggu ni saya perasan terdapat banyak fogging dilakukan di taman perumahan tempat saya tinggal sama ada menggunakan kaedah semburan asap atau menggunakan semburan pacuan empat roda pihak DBKL atau KKM. Anak sulung saya tiba-tiba mengalami demam pada 13 Disember 2019, memandangkan demam tersebut hanya teruk pada sebelah malam, kami tidak mengesyaki apa-apa dan hanya berikan ubat paracetamol lebihan daripada yang dulu-dulu. Namun demam tersebut berlarutan sehingga 15 Disember. Bagi mengurangkan kos perbelanjaan ke klinik swasta, saya pun bawalah ke Klinik Kesihatan Batu yang merupakan klinik kesihatan bagi daerah di tempat saya tinggal.
Seperti biasa, nurse akan tanya dah demam berapa hari. Kalau demam melebihi 3 hari di KK diwajibkan ambil darah.
Setelah suhu badan dan berat diambil, beraturlah saya dan anak saya untuk darah diambil.
Alang-alang cuti sekolah, adiknya dan maknya pun ikut sekali.
Keesokan harinya, demam masih lagi tidak menunjukkan kesan yang positif. Maka darah diambil lagi, kali ini 'dengue rapid test' dilakukan. Rekod Pemantauan Pesakit Denggi secara rasminya dibuka dan taman tempat saya tinggal telah pun dimasukkan ke dalam rekod sistem KK.
Mujur budak demam ni lalu makan.
Sekali lagi, ambil darah dan jumlah platlet darah dipantau. Nanti saya tunjuk full statement borang Rekod Pemantau Denggi tersebut, sabar dulu..
Laporan ujian darah di KK Batu ni cepat jugak, selalunya tak sampai 30 minit pun.
Ni lah Rekod Pemantauan Denggi yang diberikan. Fokus hanya di column Platlet sahaja, nampak tak penurunan platlet yang agak drastik bermula 16/12.
Wife saya dah agak risau sampai dengan penurunan platlet ni, asyik duk terfikir nak hantar masuk ke dalam hospital swasta dan gunakan insurans yang duk bayar bulan-bulan tu. Saya pulak sebenarnya lebih suka kalau dipantau di rumah sebab kalau dah masuk hospital swasta ni, memang liat doktor kat situ nak release discaj. Bukanlah tak risau, tapi pengalaman menginap di hospital tak kiralah swasta atau kerajaan sebelum ini telah membuka mata dan memberikan gambaran dan cabaran yang akan ditempuhi.
Kesian tangan anak saya, tangan kanan dan kiri dua-dua kena tebuk.
Aisey..dah masuk hari ke 6 pun platlet belum naik lagi.
Hari ke-7 ambil darah.
Ini bilik Doktor, setiap hari kita jumpa doktor berlainan.
Akhirnya, sinar harapan pemulihan telah muncul. Kami jumpa kembali doktor Singh yang buka rekod Pemantauan Pesakit Denggi di atas.
Memandangkan hari ke-8 jatuh pada hari Sabtu, kami terpaksa ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di Titiwangsa Kuala Lumpur.
Pengalaman pertama kali kami di KK KL ni. Besar tempatnya.
Tengoklah jumlah kerusi menunggu yang ada.
Memang ramai.
Sementara menunggu nombor giliran (pendaftaran je baru ni), kita kasi test tekanan darah atau blood pressure tengok. Syukur, masih dalam julat normal/optimal. Teringat BP arwah bapa saya dulu, lebih 200 tu, doktor tengok pun terkejut, arwah bapa saya rileks jer time tu.
15 minit lepas pendaftaran, masuk ke tempat saringan.
Lepas tempat saringan, ke kaunter ambil nombor untuk ambil darah pulak.
Urusan nak submit darah mengambil masa tak sampai 10 min pun. Waktu ni jam dalam pukul 11.10 pagi.
Sistem pemanggilan nombor di KK KL ni agak mengelirukan sebab nampak tak skrin kat atas kepala tu? Memang bunyi panggilan nombor tu bertalu-talu, saya terpaksa tunggu di sekitar kawasan yang ada skrin ni sebab tak nak ter'miss' nombor.
Akhirnya, jam menunjukkan hampir pukul 1pm iaitu hampir 2 jam menunggu. Nombor kami dipanggil. Jumpa doktor tak sampai 5 min dan doktor isytiharkan anak saya telah bebas daripada virus denggi disebabkan peningkatan platlet darah melebihi 250.
Begitulah kisah demam denggi hampir 2 minggu yang berlaku pada bulan terakhir di tahun 2019 ni.
Di belakang borang (sepatutnya buku kalau tengok pada format print out) Rekod Pemantauan Pesakit Denggi ni rupanya ada maklumat-maklumat penting iaitu Panduan Penjagaan Pesakit Denggi yang dirawat di rumah. Sepanjang tempoh anak saya denggi tu, bermacam-macam petua yang diberikan daripada pihak keluarga dan kawan-kawan saya. Ada yang suruh beli jus betiklah, jus guavalah, makan sup ketamlah, itu belum termasuk tips2 yang ada ditemui secara online. Rasanya anak saya tak lalu pun nak minum atau makan semua tu, malah ubat demam pun nak kena paksa makan sampai kena paksa bagai. Yang penting sebenarnya kena sentiasa pastikan badan pesakit denggi sentiasa berada di dalam keadaan hidrat.
Saya ada dengar pasal mereka yang pernah kena demam denggi sampai terkena penyakit lain disebabkan oleh demam denggi ni, contohnya kegagalan buah pinggang dan hati. Apakah pengalaman demam denggi anda kalau anda nak share?
0 komen