Tersesat Hadir ke Majlis Anjuran Neelofa Club di TTDI

Setiap artis di Malaysia biasanya akan ada fans club mereka sendiri dan mempunyai pelbagai nama khas mereka masing-masing. Kebiasaanya fan club ni artis-artis ini tak perlu keluarkan belanja pun, mereka sebagai peminat sendiri sanggup berhabisan bagi hadiah kepada artis pujaan mereka.


Saya sebenarnya bukan peminat tegar mana-mana artis tapi kalau peluang untuk bertemu artis tu sememangnya saya tak lepaskan peluang pun, saja je suka-suka. Lain pula dengan isteri saya, dia memang minat banyak artis dan sentiasa follow Instagram mereka. Salah seorangnya adalah Neelofa yang sememangnya sangat terkenal. Baru-baru ni sempena hari lahir Neelofa, telah diadakan satu majlis di TTDI dan memandangkan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut, saya datang lewat sikit la.

Neelofa ada kat belakang tu, punya la ramai duk beratur nak berselfie

Wife saya ada kat queue belakang tu..mana ntah..

Memang kemeriahan terasa di dalam masjid ni

Ada ceramah agama oleh Imam Muda Asyraf pada paginya

Ni saya ada ambil video FB Live sewaktu berada di majlis tersebut.



Oh ye, kalau pergi ke majlis-majlis macam ni, sentiasalah bertaut rapat dengan barang-barang anda walaupun barang itu sebenarnya barang yang diberikan oleh penganjur sebagai contoh seperti beg kertas jenama Naelofar yang mengandungi nota-nota agama di dalamnya. Ini adalah kerana beg kertas tersebut mungkin akan disambar oleh orang lain walaupun dah ada tanda nama kita pada beg kertas mahupun booklet di dalamnya. Sememangnya apabila berada di Masjid, kecenderungan untuk melakukan perkara yang negatif adalah lebih tinggi lagi berbanding dengan tempat lain seperti contoh di rumah.

Jadinya, sentiasa berwaspada dan jaga tingkah laku anda ok?

You Might Also Like

0 komen