Melawat Menara Jabatan Kerja Raya (JKR) HQ

Pada 25 Februari yang lalu, saya telah berkesempatan untuk join satu mesyuarat bersama dengan pasukan JKR. Mesyuarat tersebut diadakan di Menara JKR yang tersergam kukuh di tengah-tengah bandaraya KL. Beberapa tahun yang lepas kami pernah hampir terlibat di dalam projek membina menara ini tetapi rezeki tidak menyebelahi kami. Ada sekali tu saya pernah bersarapan di cafe bersebelahan menara hebat ni tetapi tidak berkesempatan masuk lagi waktu tu.

Sebenarnya yang sangat menarik minat saya terhadap bangunan ini adalah disebabkan oleh video perasmian yang ditayangkan pada perasmian JKR BIM Day 2018 tahun lalu. Walaupun apa yang saya dengar dikatakan pembinaan Menara JKR sebenarnya tidak menggunakan model 3D BIM sebelum pembinaannya, tetapi yang penting adalah usaha untuk memajukan penggunaan teknologi BIM di Malaysia sebenarnya merupakan satu usaha yang membanggakan kerana ini merupakan masa depan industri yang pesat membangun ini.

Okay, cukup la sembang pasal kekaguman bangunan ni. Yang penting bangunan ni bagi saya sangat menarik.

Bergambar dengan model bangunan Menara JKR di lobi utama

Model Menara JKR

Tunggu nak masuk bilik mesyuarat

Pintu utama nak ke lobi Menara JKR

Daripada cuma model kepada bangunan yang REAL
Asyik cerita pasal bangunan je, cerita pasal mesyuarat tak cerita. Sebenarnya untuk mendapatkan job dengan kerajaan perlu melalui pelbagai liku-liku proses kerja, birokrasi dan bermacam-macam dugaan tetapi kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh la kalau kita betul-betul serius untuk mendapatkan kontrak jutaan dengan kerajaan. Memang kita selalu baca berkenaan kepincangan dalam pemberian kontrak kerajaan ni tetapi hanya mereka yang terlibat sahaja yang lebih tahu bagaimana keadaan yang sebenar.

You Might Also Like

0 komen