Mencuba Nasi Lemak Tanglin

Dah lama dengar pasal Nasi Lemak Tanglin tapi tak pernah cuba sampai la ke saat ini:

Insta story mesti mau update la

Suasana semasa beratur di stall Nasi Lemak Tanglin
Nasi Lemak Tanglin ni kalau nak tahu kat mana just Google jer atau tulis je dalam Waze, nanti sampai la anda ke sini. Sedikit tips, datang awal kalau boleh sebelum pukul 9 pagi untuk mengelakkan queue beratur yang panjang.

Sambal dengan nasi lemaknya memang sedap. Wadduh terliur dah bila tengok gambar ni..

Habis makan kita kena bakar kalori, jadinya kita datang ke Taman Botani Perdana atau nama dulu dia Taman Tasik Perdana. Memang sangat dekat dengan Nasi Lemak Tanglin tu.

Punya la banyak tempat menarik dalam taman ni. Free pulak tu.

Papan tanda arah dalam taman

Boleh klik gambar atas ni kalau nak tengok dengan lebih jelas

Dah nak tengahari, jom balik..
Taman tasik ni kalau nak datang pada weekend, guna kereta dan senang dapat parking kena lepas pukul 9.30am. Anggaran je tu, kadang-kadang tu parking memang full jugak, tengok nasib la kadang-kadang tu.

You Might Also Like

0 komen