Bertukar Daripada Tayar Jenama Silverstone Synergy M5 ke Jenama Viking Protech PT5

Memiliki kereta merupakan satu keperluan yang juga melibatkan kos yang akan mengambil bahagian yang agak besar di dalam pengurusan kewangan bulanan seseorang yang berstatus makan gaji. Anda memerlukan dana tambahan apabila tiba keadaan yang tidak disangka-sangka.

Bagi mereka yang memiliki kereta, anda sepatutnya sudah tahu jangka hayat bagi sesuatu komponen pada kereta anda. Dalam contoh blog post ini, komponen yang saya maksudkan adalah tayar. Tayar depan adalah lebih penting daripada tayar belakang jadinya kalau tayar depan anda sudah botak tapi tayar belakang masih elok, satu cadangan adalah 'rotate' tayar kereta anda. Kalau tak pandai, tak reti atau malas nak buat sendiri, hantar sahaja ke kedai tayar bayar upah RM5 tapi lagi bijak kalau cakap je nak buat balancing tayar sambil rotate kan.

Tahun 2017, masuk tahun ke-3 usia kereta saya jadinya tanda-tanda penuaan komponen telah pun muncul. Kebiasaanya jangka hayat tayar kereta sekitar 2 tahun sahaja tapi kalau tengok secara fizikal masih okay, boleh la pakai lagi untuk tahun ke-3 tapi kalau anda ada modal atau memang mementingkan keselamatan, genap je 2 tahun terus tukar jer tayar kereta anda. Cuba tengok tayar depan kereta Perodua Alza saya ni:

Rekahan pada sisi tepi tayar
Bahaya penggunaan tayar yang mempunyai rekahan ni adalah anda tidak akan tahu bila tayar ini akan pecah, mungkin bila-bila masa sahaja. Sisi tepi tayar ni pulak takde perlindungan wayar dalaman tayar tu menurut abang ipar saya yang merupakan jurutera kualiti di kilang Perodua. Nak tak nak, di waktu-waktu beginilah dana tambahan perlu digunapakai supaya keselamatan lebih terjamin.

Di kawasan pejabat saya, saya sentiasa nampak satu signboard kedai tayar ni yang menunjukkan jenama Viking. Sebenarnya saya hanya mempunyai prinsip yang mana saya hanya akan percaya kepada cuma beberapa bengkel sahaja untuk hantar kereta repair. Tapi kali ini saya pusing punya pusing satu kawasan kedai di Bandar Putra Permai tempat saya selalu makan, saya nampak satu bengkel ni nampak macam boleh percaya jadinya saya pun cuba je la masuk tanya.

Bengkel Kereta AutoHaus KL, Bandar Putra Permai
Sebab saya tinggal di KL tapi kerja di Selangor, perkataan KL tu menarik minat saya.

Koleksi simpanan tayar di AutoHaus KL
Sampai sahaja di bengkel ni, saya disambut mesra oleh mekanik muda yang bekerja di bengkel ni. Beliau kemudian meminta saya isi borang pendaftaran sambil buat pemeriksaan kereta sikit, beliau tunjuk senarai harga tayar dan promosi yang ada di bengkel ni. Saya sebenarnya takde pulak buat research sebelum beli tayar, tapi disebabkan pengaruh nama tersebut, saya pun buat keputusan ambil je ditambah lagi dengan harga sebiji tayar baru jenama Viking ni cuma RM140, lagi murah daripada tayar kereta Viva jenama Hankook (RM150) yang saya belikan untuk kereta Viva saya di bengkel berdekatan rumah saya.

Setelah hampir sejam menunggu di ruang menunggu open air yang selesa di perkarangan bengkel ini, akhirnya siaplah kerja-kerja penukaran tayar baru daripada jenama Silverstone Synergy M5 yang datang standard dengan pembelian kereta baru Perodua Alza kepada VIKING ProTech PT5. Saya cuma tukar sepasang tayar kereta depan saya je sebab pasangan tayar belakang saya masih lagi okay. Cuma kalau tanya rekomen saya, lebih baik tukar jer keempat-empat tayar lagi senang. Viking ni rupanya ada kaitan dengan jenama Continental tapi range product pertengahan katanya.

Bergaya dengan tayar baru Viking Protech PT5
Kalau nak survey harga tayar, jenis-jenis dan kat mana nak beli tayar-tayar berkualiti tinggi, anda boleh berkunjung ke Lazada di ruangan Wheels and Tyre Installations. Selamat memandu dan sentiasa utamakan keselamatan anda serta pengguna jalan raya yang lain.


You Might Also Like

1 komen

  1. Alhamdulillah baru jer pakai tayar viking protech sdp takda sangat bunyi gegaran sebab sebelum ni pakai maxxis kualaiti memangfail sebab bnyak gegaran

    ReplyDelete