Sabtu, 27 Januari 2018

Bersantai di Konvokesyen ASWARA (Nov 2017)

ASWARA adalah merupakan rumah ke-2 kepada keluarga saya. Jadinya apabila ada sebarang acara rasmi seperti konvokesyen, memang saya dan askar-askar akan turun memeriahkan acara. Lagipun dah memang isteri saya kena bertugas pun jadinya ambil kesempatan sekali la..haha..Cuma yang peliknya saya ni seorang yang takut nak naik pentas, tapi anak-anak saya ni selamberia la pulak. Ikut maknya kut.

Pantang nampak pentas jer mesti nak naik budak berdua ni

Berselfie melfie di depan pentas sambil menengok gelagat budak-budak
yang banyak sangat tenaga tak tahu datang daripada mana
Video kat bawah ni saya ambil guna FB Live, tapi dah download dan upload semula kat YouTube sebab FB punya video ni rasa macam kurang best la platform diorang. Lagi pun ada perasan tak kalau tengok atau buat FB Live video dia macam tak berapa stabil, tak macam YouTube live, kan?


Cuba tengok pada minit ke-11.15, student ASWARA ada nyanyi satu lagu ni. Saya tak pernah dengar lagu ni tapi lagu sangat pelik tapi ramai betul peminatnya. Ianya menginatkan saya kepada lagu daripada sorang penyanyi namanya Desiigner bertajuk Panda. Mungkin generasi baru ni taste diorang dah berlainan daripada generasi yang dah semakin lama ni..haha..

*Edit: Lepas buat sedikit research tu pun lepas tengok ada satu avatar foto superimpose guna kamera Apps FB Messenger yang budak-budak ni main, baru tahu lagu yang diorang nyanyi ni tajuk dia 'Mans Not Hot' penyanyi dia nama Big Shaq...Hahahahaha..

Apa pun, kalau acara menarik yang dianjurkan oleh ASWARA, anda mesti datang join ok?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...