Percutian Keluarga ke Langkawi (Oktober 2017)

Pada 14 Oktober yang lalu, bermulalah episod percutian keluarga sekali lagi. Rasanya macam dah banyak pulak percutian tahun ni, tapi bila kita kita bekerja keras, cuti pun kena la kerap juga..betul tak? Hahaha..

Dalam Uber kereta MyVi menuju ke KLIA. Masuk je kereta, budak-budak terus lentok.
Cas Uber sebenarnya lagi murah daripada naik tren, sebab saya pilih Uber adalah kerana Uber kira sekali cas tol sekali tak macam Grab, jadinya bajet dah fix tak berubah.

Check-in luggage di KLIA 1
Dah lama tak pergi ke KLIA 2 sebab dah lama tak naik AirAsia. 😜

Di dalam gate nak naik kapal terbang

Di dalam flight Malindo Air


Makin tua makin banyak selfie pulak

Bila duduk kat tepi tingkat sebelah sayap, boleh nampak flap kecik kapal terbang guna untuk jadikan 'brek angin'.

Dah selamat mendarat di Langkawi. Kali terakhir datang sini tahun 2013 dulu attend Exhibition LIMA.

Pintu masuk Ketibaan Dalam Negeri

Kereta sewa RM60 sehari. Jadilah kan?
Kalau nak sewa, boleh roger2.

Cattleya Inn, lepak kat hotel bajet dulu 1 malam.
Bestnya hotel bajet ni, katil dia ada kelambu ala-ala honeymoon. Cuma dinding memang kayu-kayan la, kalau nak honeymoon hebat

Makan nasi tengahari di Kak Yan Nasi Campur. Memang terbaik lauk dia..banyak dan sedap.
Kalau nak pergi boleh tengok di Google Map - KLIK DI SINI
Kat Restoran Kak Yan ni kitorang cuba lauk ketam masak lemak. Fuhhhhhh....memang best giler wehh..

Dah kenyang, kita pegi ke Rumah Terbalik Langkawi (Upside Down House Langkawi)
Google Map - KLIK DI SINI

Ada kereta terbalik kat luar. Ini free je nak bergambar atau tengok, nak masuk je kena bayar.

Wife tengah bayar tiket nak masuk. Dah sampai takkan tak nak masuk pulak kan?

Pintu depan nak masuk dalam

Ada pulak moto skuter limo style

Tak penyabor nak masuk dalam rumah terbalik ni.

Bergambar kenangan

Ruang dalaman dapur

Meninjau persekitaran dalaman rumah terbalik ni.


Nampak real tak gambar ni? Tapi tak clear la pulak

Ni stail senget pulak

Pada sebalah malam kami makan di Sea Shell Restaurant,
tempatnya lampu tak banyak lepas tu atas sawah padi so memang gelap.
Lokasi restoran tu DI SINI.

Habis makan, ronda di area Pantai Chenang lepas tu tempah
tiket island hopping esok paginya di ejen dalam gambar ni
Kami pun balik hotel, takde pulak gambar hotelnya terlupa nak snap. Malam ke-2 kami berpindah ke hotel yang lebih best iaitu di Dayang Bay Resort. Pagi esoknya dah kena bersiap sedia nak naik bot, parking kereta betul-betul depan kedai tempat beli tiket semalam lepas tu tunggu van angkut nak ke jeti sampai. Tak snap gambar sangat sebab handphone dah kena kebas dengan anak sibuk nak tengok kartun diorang kat YouTube. Line 4G kat Langkawi ni guna Maxis laju je takde masalah.

Kat tepi jeti tunggu bot

Gambar dalam dalam speed boat

Kat background ni katanya tempat apa ntah, tak ingat pulak
apa benda yang brader bawak boat tu duk bagi penerangan.

Gambar kenang-kenangan bersama isteri tercinta

Persinggahan pertama: Dayang Bunting Marble Geoforest Park

Dayang Bunting Marble Geoforest Park. Masuk sini kena bayar sikit.
Jangan tak bawak duit pulak kalau datang sini.

Formasi Chuping: cerita pasal batu

Oh noe! FREE SHOW
Tengah duk termengah-mengah jalan naik tangga dengan dukung anak sekali, sekali tu ternampak aksi PANAS ni. Padahal duk tengah ramai-ramai orang tu sempat lagi (yang aku pulak sempat pulak duk snapnya..hahaha). Kamerafon murahan so gambar pun goyangan lahh..hahaha..

Kemengahan turun tangga

Sampai la kita ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi

Kat belakang tu namanya Solar Boat.
Memang sentiasa akan dengar nama tu kat sini, famous woo..

Bayar RM30, naik Solar Boat beramai-ramai

Video ucapan di atas Solar Boat

Disebabkan berusaha gigih nak seberang tasik ni lepas tu patah balik, bertambah mengah nak kayuh patah balik sebab nak kena kejar masa timing nak naik boat pergi tempat lain pulak time tu 11.30am. Mujur sempat gak berkejar ke speed boat on time. Fuhhhh....

Tempat burung helang makan
Timing memang gempak, dapat tengok orang jamu helang makan


Ahhh..pencucian mata sedang berlangsung *wink *wink

Anak 2 orang tengah sedap tido dalam air cond kereta sementara mak bapaknya menikmati Rojak Hafiz

Pemandangan di Pantai Kok
Tak sempat nak naik kereta kabel jadinya kitorang cuma ronda kat sekitar kawasan kereta kabel dan kawasan Air Terjun Telaga Tujuh. Nak balik semula Kuah, kitorang ikut jalan jauh ronda buat satu pusingan di bahagian belakang Pulau Langkawi, lalu dekat Pantai Pasir Hitam, dekat sejam jugak la drive kasi lenjan kereta Viva Elite warna biru ni. Besar rupanya Pulau Langkawi ni..Budak-budak duduk kat tempat duduk belakang tido tak ingat dunia.

Makan malam di Nasi Ayam Rose
Bengang dengan kedai ni sebab dah order tapi tak sampai-sampai so tak nak letak link kasi promo. Dah komplen baru la terhegeh nak dapat makanan, bila perut sudah lapar memang emosi tak stabil.

Sarapan pagi di restoran Dayang Bay

Rasanya budak-budak yang lagi seronok daripada mak bapak budaknya


Dayang Bay Resort

Selfi di hadapan Dayang Bay Resort

Underwater World Langkawi

Kaunter tiket Underwater World Langkawi

Selfie di Underwater World Langkawi
Video keterujaan di Underwater World Langkawi

Ikan apa nama ntah, tapi nampak pelik

Boleh pulak macam nak cium ikan tu


5 Jenis Ikan Air Tawar

Burung pun ada kat sini

Ikan Kelisa

show Anjing Laut

keterujaan tengok anjing laut berenang


Penguin Show

Bergambar sebelah Penguin

 Taklimat pasal Penguin


Selfie dalam Underwater World
Jom nyanyi lagu SpiderCrab


Tahukah anda Ikan Yu Batu Karang Blacktip memelihara anak-anak mereka sehingga 16 bulan?
Ikan Yu Berenang-renang


Macam-macam ikan siap penyu besar lagi

Tengok ikan Nemo


Obor-obor
Dah habis tengok segala makhluk dalam air dan lautan, keluar-keluar je terus jumpa kedai membeli-belah.

MURAH GILER!!
Rugi saya pegi beli awal-awal kat kedai RAM, kat RAM harga sebungkus RM16.80.
Dah la beli banyak dah ARGHHH!!

MURAH GILER JUGAK!! Daim ni pun kat sini murah...nyesal beli awal-awal
Dah la park kereta kat luar Underwater World tu tempat parkingnya tengah panas sikit. Mujur coklat yang dah beli simpan dalam luggage baju kepanasan dia tak melampau, kalau tak rugi bawak balik rumah coklat cair..huhu..Tapi serius, KENAPA takde orang bagitahu kat Underwater World ni shopping kompleks dia coklat murah???

Sempat lagi pusing-pusing Langkawi. Tengok TubeOtel ni.

TubeOtel: Kalau datang honeymoon tanpa anak-anak boleh la berjimba kat sini.
2 isu di sini: bilik air kena kongsi macam kat asrama lepas mahal lak tu satu malam rate tempat ni.

Kembali ke lapangan terbang. Parking kereta Viva, tinggalkan kunci dalam dashboard dan tiket parking.

Adios Pulau Langkawi

Bersedia untuk berlepas dengan Malindo Air

Di Dalam Uber kereta Honda Jazz menuju balik ke rumah di tengah malam
Begitulah laporan percutian keluarga saya ke Langkawi ni. Kalau ada rezeki lagi, sudah semestinya saya akan kembali lagi ke Langkawi. Memang banyak betul la tempat kat Langkawi, rasanya seminggu duduk pun tak habis nak melawat semua tempat.

Semoga anda pun terhibur dengan gambar-gambar dan video yang saya kongsikan ni.

You Might Also Like

0 komen