Menghadiri Temu Janji Temuduga Yang Pertama: SKALI Group - Pre Sales

Setelah beberapa minggu membuat 'job hunting', barulah aku sedar betapa susahnya untuk mencari kerja. Menurut satu artikel di internet (Linknya di sini), terdapat 14 cara untuk mencari peluang pekerjaan. Setakat ni, aku cuma menggunakan 2 jer daripada 14 cara yang ada dalam senarai. Cara yang aku gunakan adalah dengan mendaftarkan diri kepada 3 laman web agensi pekerjaan dan 5 laman web portal pekerjaan. Walk-in interview aku tak ambik kira untuk kali ini. Selepas mencari pekerjaan yang aku rasa sesuai, aku apply melalui portal ini.

Pada akhir bulan yang lalu, menggunakan laman web Monster.com.my aku telah pun mengupdate resume aku di situ. Sejak daripada itu, 2-3 ejen kepada agensi pekerjaan telah menghantar e-mail berkenaan kerja kosong. Aku telah pun respon kepada 2 orang daripada mereka dan satu ejen telah berjaya mendapatkan aku temujanji untuk temuduga di sebuah syarikat yang agak ternama. Pada mulanya aku agak malu jugaklah sebab dalam telefon, ejen tersebut bertanyakan kepada aku "Kenapa encik sudah ada banyak tahun pengalaman tapi gaji tetap sama?", aku terpaksalah membuat alasan yang munasabah untuk kasi 'cover' sikit. Temuduga diatur pada hari Khamis, 7/6 jam 12pm.

Okaylah, cerita panjang-panjang pun tak guna, bak kata pepatah orang putih 'picture paints a thousand word' aku kasi tunjuk gambar terus.

UPM-MTDC Server Farm Complex

Ini kali pertama aku menjejakkan kadi ke UPM MTDC ni. Okay jugak tempat dia, parking senang.


Salah satu pejabat SKALI Group

Syarikat yang telah menjemput aku untuk interview kali ini adalah SKALI Group, sebuah syarikat yang pada aku agak ternama. Aku masih lagi ingat satu ketika dahulu sebelum ada Google, search engine kegemaran aku adalah Altavista. Altavista sekarang ni dah dibeli oleh Yahoo (Wikipedia) dan kini sudah tidak lagi beroperasi lagi. Dulu, SKALI telah membawa Altavista ke Malaysia dengan adanya Mirror server di Malaysia ni. Aku memang salute bos-bos SKALI ni sebab mempunyai wawasan yang sangat tinggi dan kini syarikat Skali telah berkembang dengan maju.

Bergambar kenangan berlatar belakangkan logo rasmi Skali

GCERT oleh MAMPU kepada SKALI

Okay, pegawai yang bertanggungjawab menemuduga aku adalah CEO kepada salah sebuah syarikat SKALI Group. Aku macam biasa, mempersembahkan segala kebolehan, pengalaman kerja dan menjawab segala persoalan yang diutarakan. Event yang aku pergi hari Selasa lepas ada jugak membantu aku. Ada jugaklah perkara yang sepatutnya aku tak cakap, tapi selagi kita tak buat silap, kita takkan tahu di mana kelemahan kita. Habis sahaja sesi temuduga, ada la nampak sedikit harapan tetapi keputusan temuduga masih tidak dapat diduga sebab aku tak tahu berapa ramai yang dah hadir untuk temuduga ni. Aku juga sedar yang walau bagaimana hebat kita, masih ada lagi orang lain di sana yang lebih berbakat, lebih mahir, lebih berpengalaman dan lebih hebat daripada kita oleh itu aku tak nak 'Over Confident'. Apa pun, aku ingin ucapkan terima kasih kepada pihak SKALI Group kerana telah memberikan aku peluang dan meluangkan masa kepada aku untuk temuduga kali ini.

Kita tunggu dan lihat sahaja lah nanti keputusan mereka macam mana, ok?

You Might Also Like

2 komen