Mencari Exhibition Marvel Studios Di Bukit Bintang

Bukit Bintang atau segi-tiga emas Kuala Lumpur merupakan tempat yang sentiasa dekat di hati saya. Zaman sekolah dulu, saya datang ke sini ke Plaza Imbi atau Sungei Wang sebab nak carik CD Games cetak rompak. Waktu tu Low Yatt belum wujud lagi. Selepas zaman belajar universiti, antara pekerjaan awal saya dulu adalah Tele-marketer di President House berhadapan Sungei Wang. Kemudian kerja di Alstom Malaysia pada tahun 2013. Bukit Bintang ni bagi saya memang best, cuma saya tak boleh berada di situ lama-lama, mungkin disebabkan tempat tersebut agak 'panas' bagi saya.

Apa pun, sememangnya banyak tempat menarik di Bukit Bintang ni:


Bergambar famili di patung gergasi Iron Man di Pavillion.


Sebelum kita pergi meronda, kita perlu isi perut dulu. Kopi Club di Sungei Wang punya hidangan memang yang terbaik kesedapannya dengan harga yang berpatutan.


Minum kopi dengan roti bakarnya memang mengasyikkan.


Bergambar di Mekdi Bukit Bintang. Macam tak percaya kan McDonalds boleh benarkan namanya ditukar kepada Mekdi, hanya di Bukit Bintang sahaja.


Menapak menuju ke Pavillion.



Sampai jua akhirnya. Membuat sedikit ulasan di hadapan patung gergasi Iron Man. Sebenarnya saya dah dengar pasal exhibition Marvel Studios ni


Kalau dah bapaknya excited, anak-anaknya lagi la..


Nampak macam international model kan yang perempuan kat sebelah kanan tu. Mungkin YouTuber kut.


Kegembiraan yang tidak dapat dibendung.


Okay, mari kita naik ke Level 10 di Pavilion Elite.


Eh, tak habis-habis lagi keterujaannya.


Duk melilau cari mana Pavilion Elite ni, ada dalam Pavilion ni tapi tak pasti lokasi sebenarnya di mana.


Macam dah lain sikit Pavilion sejak kali terakhir berkunjung ke sini.



Akhirnya jumpa Pavilion Elite, tengah nak escalator, tersinggah pulak kat kedai LEGO.


Dah tersinggah, memang main lego dululah jawabnya.



Setiap kedai LEGO di lain tempat settingnya lain sikit. Saya dah memang didik anak-anak saya untuk main di kedai mainan je, nak beli tak boleh. Hahaha..


Tengah naik dari level ke level, nampak Nasi Lemak Ong ni. Macam menarik pulak.


Kalau ada bajet, belanja RM500 dalam satu resit guna Kad Kredit Maybank boleh dapat 1 tiket dewasa dan 1 tiket kanak-kanak untuk masuk ke Marvel Exhibition ni. Menarik gak tu..kalau ada bajet lah..


Akhirnya sampai di Level 10 Pavilion Elite.


Selfie itu bukti


Semua poster watak-watak Marvel ada.


Tengok.


Ada Chinese Restaurant kat hujung sebelah sana.


Kaunter tiket. Baca kat blog orang lain macam penuh orang tapi mungkin sebab dah lewat petang so takde orang la kut. Kitorang melawat kat luar jer sebab takde modal nak masuk pun.


Akhirnya Toys R Us menjadi tumpuan.


Seperti biasa, melihat mainan-mainan mahal.



Ada pulak mainan MineCraft. Pelik betul macam mana game kotak-kotak 3D ni diminati oleh jutaan manusia di muka bumi ni.


Mama belikan hadiah birthday untuk budak-budak, pinggan dan cawan superhero. Ori punya.


Sebelum meninggalkan Pavilion, curi2 snap gambar selfie dengan bini.


Terjumpa pulak satu tempat bernama 'Jumpa' di dalam Sungai Wang.


Menarik tempat ni, ada deko-deko menarik.


Sementara deko-deko ni belum jahanam, kita lepak-lepak di Jumpa ni.

Begitulah kisahnya pengembaraan weekend di Bukit Bintang ni buat kali ini.

You Might Also Like

0 komen