Pengalaman Kerja di Alstom Malaysia (Sept 2013 - Oct 2013)
- July 25, 2015
- By Encik Jay
- 3 Comments
Setelah lebih setahun, barulah aku menjumpai semula semangat untuk mengupdate blog ni. Banyak la pulak benda nak kena 'catch-up'. Memandangkan kisah ni pun dah hampir 2 tahun, aku cerita jer la. Pada awal bulan September 2013 aku telah dihubungi oleh seorang ex-client di sebuah syarikat yang aku pernah kerja dulu. Kali terakhir aku jumpa dia adalah pada tahun 2008, nak dipendekkan cerita rupanya dia ni bos di salah satu department di dalam Alstom Malaysia dan dia tengah cari calon untuk satu jawatan di bawah jabatan yang diterajui dan akhirnya aku telah pun diterima bekerja di situ. Aku sebenarnya tak pernah dengar pun nama Alstom ni, rupanya syarikat ni sebuah syarikat multi-national yang besar rupanya.
Syarikat sekuriti sistem yang aku kerja waktu tu agak terkejut jugak la bila dapat surat notis berhenti kerja aku waktu tu tapi diorang terima je la dah aku dah pun buat keputusan. Jadinya aku pun kerja la di pusat bandar KL. Memang setiap hari aku naik tren untuk ke ofis.
Biasanya tengah hari aku akan makan sama ada di cafe di tingkat 2 ataupun di Kompleks Kraftangan bersebelahan hotel sana sebab nak bajet punya pasal..hahaha..
The Chulan Tower bersebelahan The Royale Chulan Hotel |
Reception desk di Alstom Malaysia |
Meja/cubicle tempat aku bekerja |
Kad pengenalan syarikat / smart card untuk VPN Access ke intranet syarikat |
Sesi induksi pekerja baru di Alstom |
Suasana pejabat Alstom Malaysia |
Suasana pejabat Alstom Malaysia |
Aku sebenarnya tak jangka pun akan dapat bekerja di sebuah syarikat besar macam ni. Kalau dulu aku hanya mengimpikan untuk dapat merasai suasana bekerja di sebuah pejabat yang mega macam ni. Akhirnya impian aku tercapai jugak tanpa aku sedari. Sememangnya banyak kemudahan serta imbuhan disediakan, namun begitu aku buat keputusan untuk meninggalkan jawatan serta syarikat multinational ini disebabkan oleh perkara peribadi.
Oleh itu pada 28 Oktober 2013, aku telah meninggalkan syarikat yang sangat menarik ini. Segala ilmu pengetahuan, kenalan dan kenangan di Alstom Malaysia sepanjang tempoh singkat 2 bulan akan aku kenang sepanjang hayat.
3 komen
Hoihhhh
ReplyDeleteKasi cerita latest la oiiiiit
Ramai member aku keje sini.. jadikan batu loncatan nak ke Dubai dan luar negeri bagi capai gaji 20k-70k. Terutama bidang oil gas dan powergeneration.
ReplyDeleteActually Alstom xder la offer gaji dan perks yg boom2. Biasa2 aja, kalo best, ramai akan keje sini sampai mati.
Rugi benti Alstom dan xdpt lompat ke pekerjaan ke bidang yg dinyatakan tadi. Mmg rezeki dimana2 tambahan berhenti atas sebab peribadi.
Thx infonya
ReplyDelete