Aduhai, entri ni dah terlewat hampir setahun. Haiyaa..
Aku merupakan bekas pelajar MRSM Balik Pulau batch 97/98. Pada tahun 1998, sekolah kitorang didatangi oleh 2 orang pelajar perempuan dari luar negara. Waktu tu memang kecoh la, yerlah awek luar negara sorang dari England sorang dari Ireland, bebudak lelaki semua memang duk wusha jer la. Kelas aku waktu tu pulak dikenali sebagai kelas terer English (aku ni takde ler terer bercakap, menulis tu mungkin boleh lagi kut) jadinya salah seorang daripada diorang ni jadi macam mentor la kepada kami-kami ni. Aku pulak sememangnya jenis berprofil rendah ni lagi la sapa nak pandang pun.
Apa pun, aku ni walaupun sebagai seorang yang berprofil rendah, aku tetap sokong segala aktiviti yang dijalankan walaupun aku berada sebagai peramai majlis atau berada di belakang tabir jer. Tak reti la aku nak berlakon sebagai berprofil tinggi, mungkin dah jiwa aku suka untuk tidak menjadi perhatian ramai. Apa pun, upacara membuka kapsul masa telah dijalankan dan semua batch aku dijemput hadir dalam upacara yang ditunggu selepas 15 tahun.
MRSM Balik Pulau: Time Capsule Countdown |
22 June 2013 |
Majlis besar-besaran |
Bersama classmate tengok kelas lama |
Pintu masuk kelas lama |
Kelas waktu tingkatan 4 |
Majlis makan tengahari |
Padang MRSM Balik Pulau |
Laksa Janggus Balik Pulau |
Laksa sudah siap terhidang |
Durian Musang King Balik Pulau |
Hotel Penginapan kami di George Town Penang |
Bilik di Old Penang Hotel |
Ghani Pasembur |
Sarapan di SlowRock Cafe berhadapan dengan Hard Rock Cafe |
Bangunan UMNO yang tiang telekomunikasinya jatuh hari tu |
Selfie anak-beranak di Penang Time Square |
Naik feri Pulau Angsa |
1st time naik feri yang ada tempat duduk kat tempat kereta |
Selfie anak-beranak lagi sekali di atas Feri |
Singgah UiTM Permatang Pauh jap jumpa adik |
1 komen
comelnye anak ko..muka jambu!
ReplyDelete