Bulan Mei 2013 tahun lepas, aku telah mendapat maklumbalas berkenaan dengan stroller yang dibeli hari tu. Sememangnya stroller yang dibeli dengan harga RM500 tu hanyalah set display, tapi daya ketahanannya dan kualitinya memang tidak dapat disangkal. Dah siap terbang ke Sarawak lagi mengharungi pelbagai permukaan jalan tetapi binaannya tetap utuh. Malangnya bila nak bawak masuk dalam kereta comel Viva Elite, boot belakang memang langsung tak muat, letak kat seat belakang dah makan space untuk sorang penumpang dah.
Alternatifnya, kena la cari stroller yang lebih kecil. Kebetulan kawan isteri aku ada stroller jenama Seebaby, kasi test la tengok. Cuba tengok anak aku punya gaya bila duduk dalam stroller kecik ni.
Stroller Seebaby |
0 komen