Kunjungan ke Bayou Resort Melaka & Zoo Melaka (Jan 2014)
- August 19, 2015
- By Encik Jay
- 3 Comments
Tahun 2013 berakhir dengan tiada apa yang menarik sangat untuk aku kongsikan. Kini dah tiba pula tahun 2014. Permulaan tahun jer aku dah mulakan aktiviti dengan bercuti..Destinasinya adalah di Bayou Lagoon Resort Melaka.
Aku tak ambil pun gambar aku mandi-manda kat Bayou Lagoon Resort tu. Yerlah, kamera fon aku bukannya kalis air. Kang tak pasal-pasal kena beli lain pulak. Sebenarnya aku teringin nak beli Sony Xperia Z1 Compact dulu malangnya aku hanya mampu beli Sony Xperia M jer. Tunggulah ada rezeki nanti.
![]() |
| Pintu Utama Bayou Lagoon Resort |
![]() |
| Bayou Lagoon Resort |
![]() |
| Bayou Lagoon Resort reception |
![]() |
| Bilik di Bayou Lagoon Resort |
![]() |
| Kemain seronok lagi anak aku baring atas katil |
![]() |
| Anak aku dan kawannya sarapan pagi |
Bulan Mei 2013 tahun lepas, aku telah mendapat maklumbalas berkenaan dengan stroller yang dibeli hari tu. Sememangnya stroller yang dibeli dengan harga RM500 tu hanyalah set display, tapi daya ketahanannya dan kualitinya memang tidak dapat disangkal. Dah siap terbang ke Sarawak lagi mengharungi pelbagai permukaan jalan tetapi binaannya tetap utuh. Malangnya bila nak bawak masuk dalam kereta comel Viva Elite, boot belakang memang langsung tak muat, letak kat seat belakang dah makan space untuk sorang penumpang dah.
Alternatifnya, kena la cari stroller yang lebih kecil. Kebetulan kawan isteri aku ada stroller jenama Seebaby, kasi test la tengok. Cuba tengok anak aku punya gaya bila duduk dalam stroller kecik ni.
Dah ler stroller ni takde proper seat belt, kalau nak tido memang dalam keadaan duduk jer la boleh. Akhirnya kami buat keputusan tak nak beli lah stroller Seebaby ni. Tengok brand lain pulak lah.
Alternatifnya, kena la cari stroller yang lebih kecil. Kebetulan kawan isteri aku ada stroller jenama Seebaby, kasi test la tengok. Cuba tengok anak aku punya gaya bila duduk dalam stroller kecik ni.
![]() |
| Stroller Seebaby |












