Percutian Bajet & Ekspress Ke Banting-Morib

Bagi mereka yang dah lama di dalam alam pekerjaan ataupun ibu bapa yang bekerja atau ada bisnes sendiri dan ada anak, biasanya takkan lari daripada mengalami stress dan tekanan. Kadang-kadang tekanan tak semestinya datang daripada tempat kerja, anak-anak, kekecewaan dalaman dan macam-macam faktor boleh menyumbang kepada tekanan dan stress ni.

Oleh itu, kami sekeluarga biasanya akan ambil mana-mana peluang yang ada untuk bercuti. Tak perlu nak buat perancangan yang teliti sangat, kadang tu kitorang redah jer. Entri blog ni contoh percutian bajet dan ekspress yang kami buat ke Banting-Morib.


Asalnya plan nak ke Port Dickson, tapi memandangkan PD punya jarak sedikit jauh. Kitorang buat keputusan untuk ke Morib pun jadilah.


Ni lah hotel tempat kami menginap, tempah guna booking.com jer pada harga RM75 satu malam untuk katil double single. Nama hotel ni Senses Hotel. Pintu masuk dia kat sebelah tepi lorong. Sebelah hotel ni ada kedai pakaian yang speakernya tak berhenti duk buat promosi dalam dialek India menggunakan Bahasa Melayu.


Ruang lobi Hotel Senses.


Ruang lobi Hotel Senses, view belakang sikit.


Senses Budget Hotel.


Katil single, sebelah dinding sana bilik air. Kira okay la keluasan bilik ni untuk kami 4 beranak duduk dalam bilik tu. TV pun ada, WiFi pun ada. WiFi hotel ni kadang bukan boleh percaya sangat, lebih baik guna jer la data telco jer kalau dah signal telco kat tempat tu okay.


Sampai pun dah lewat petang, cepat-cepat kitorang gerak pergi pantai Morib.


Budak-budak ni kalau dah jumpa pasir, memang tak boleh kalau tak sentuh.


Pemandangan sekeliling di pantai Morib. Tempat ni hujung sikit jadinya kereta boleh masuk sekali.


Hari pun semakin gelap.


Tapi budak-budak masih lagi tak puas bermain air laut dan pasir. Isteri saya pulak, melayan Instagram tatkala matahari sedang terbenam masuk ke dalam laut.

Kami pun balik semula ke hotel bajet untuk mandi dan bersiap nak isi perut pulak.

Pada sebelah malamnya misi kami sebenarnya nak cari seafood, sekali tu terlencong ke tempat Food Truck pulak:



Balik daripada makan dah kepenatan terus tidur. Namun begitu, saya tak berapa selesa pulak tidur di atas katil yang ada sebab boleh rasa kekerasan spring tilam hotel tu. Mujur la saya ni bukan kaki komplen yang nak tukar tilam kat hotel tu ke atau nak buat kecoh, cuma pandai komplen di blog sahaja.

Senses Budget Hotel ni kitorang dah masukkan dalam list 'one-time' only.


Di belakang hotel ni ada restoran kalau nak beli sarapan pagi.


Senarai makanan-makanan yang ada.


Dapat bilik ada tingkap mengadap jalan raya utama.


Kebetulan pulak ada perarakan sebuah majlis kematian kaum Tiong Hua (selepas gambar di atas di ambil), jadinya saya dan anak-anak duk tengok la. Sebuah pengalaman yang menarik.


Dalam perjalanan pulang, kami teringat ada satu tempat makan yang kami pernah singgah 2 tahun yang lalu yang mempunyai makanan sedap. Kedai Cendol Durian Hafidz 2 berdekatan dengan Dengkil.


Sementara tunggu makanan sampai, kita selfie-selfie dulu.


Dah lain rupa kedai ni, mana taknya kan, dah 2 tahun tak berkunjung.


Makanannya masih lagi rasanya tip-top. Cuma cendol durian, buah durian pulak dah takde jadinya yang tinggal cuma perisa pes durian sahaja. Ambil jugaklah sebab kempunan punya pasal.


Anak-anak saya duk makan kat kedai tu komplen sebab banyak lalat, memang banyak lalat pun kat kedai tu sebab berada di tepi jalan raya di atas parit. Memang kalau pergi kampung suasana nak makan sememangnya panas dan akan mendapat gangguan daripada lalat. Mungkin mereka tak pernah merasai lagi pengalaman ni, nak kena biasakan budak-budak ni menghadapi cabaran kehidupan.


Begitulah kisahnya percutian bajet serta ekspress kami ke Banting-Morib. Nanti kami buat percutian bajet & ekspress lain pula.

You Might Also Like

0 komen