Angry Birds merupakan sebuah game yang menjadi kegemaran saya suatu ketika dulu. Bila keluar movie Angry Birds yang pertama dulu, memang saya pergi tengoklah. Cuma Angry Birds Park di Johor Bharu je yang saya sampai ke hari ni masih belum tertunai lagi impian untuk berkunjung. Mungkin saya perlu letakkan impian tersebut naik ke 'priority' atas baru impian tersebut dapat ditunaikan.
Apa pun, saya sebenarnya tak perasan MATTA Fair sedang berlangsung waktu nak pergi tengok cerita Angry Birds 2. Patutlah kawasan di sekeliling PWTC sesak dengan orang berpusu-pusu nak pergi. Habis je tengok cerita Angry Birds 2 di Sunway Putra, kami sekeluarga pergilah berkunjung ke PWTC.
Pada mulanya saya ingatkan nak masuk ke MATTA Fair ni percuma, cuma daftar nama jer, rupanya sangkaan saya meleset.
Tiket nak masuk ke MATTA Fair ni berharga RM4 untuk dewasa dan percuma sahaja untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Banner MATTA Fair di hadapan laluan daripada Sunway Putra.
0 komen