Belajar Pasal Nutanix di WORQ Glo Damansara

Sebuah syarikat partner kepada IBM yang saya temui bulan lepas telah menjemput saya untuk menghadiri seminar anjuran mereka. Saya dengan berbesar hatinya menerima jemputan mereka dan yang lebih penting sebenarnya adalah jamuan makan tengahari yang mereka sediakan.

Worq Coworking Space Banner

Worq Glo Damansara Event Hall

Selfi bersama partner-partner yang lain

Inilah target yang sebenarnya, makan percuma

Tajuk seminar adalah Modernising Your Datacentre oleh Lenovo + Nutanix

Nutanix Login page
Sedikit cerita mengenai Nutanix ni, 1st time saya nampak dan baca pasal Nutanix ni sebab ada client kami yang baru sahaja membuat pembelian server baru dan server berserta rack tersebut ada logo Nutanix jadinya seperti biasa bila terjumpa benda baru, saya akan Google dan membuat pembacaan.

Sememangnya ia satu subjek yang sangat menarik yang dipanggil 'Hyperconverged' iaitu sebuah IT framework yang menggabungkan storage, computing dan networking dalam satu sistem dalam usaha untuk mengurangkan kerumitan dan 'complexity' serta meningkatkan kestabilan.

Seperti biasa, bila speaker bercerita pasal teknologi, terasa begitu mengantuk tapi bila speaker bercerita kisah-kisah pengalaman beliau, waktu tu perhatian datang balik. Nota daripada speaker tersebut adalah teknologi ini boleh mengelakkan 'system downtime' yang boleh menyebabkan servis terganggu. 

Dalam contoh beliau adalah Zoo Singapore di mana sistem tiket mereka berada di dalam platform Nutanix ini dan masih lagi dapat beroperasi walaupun server pada ketika itu mengalami masalah hardware.

Saya bersama team sales baru saya

Kaunter luar Worq Glo Damansara

Pintu masuk utama Worq untuk pelanggan mereka
Sebuah event yang menarik dan sekiranya anda mempunyai minat untuk menerokai platform Nutanix dan juga hardware Lenovo, anda boleh roger-roger saya dan kita sembang tengok apa cerita.

You Might Also Like

0 komen