Bagaimana untuk Mengecilkan Kawasan Loji Rawatan Pembentungan

Beberapa tahun lepas, saya ada bertemu dengan ex-boss saya di syarikat yang sebelum ini. Beliau ada bercerita mengenai satu teknologi yang dibawa oleh syarikat tempat beliau bertugas yang mana teknologi ini boleh mengurangkan ruang loji kumbahan untuk memproses bahan buangan domestik anda.

Saya sebenarnya takde asas sangat pun dalam bidang pembentungan ni jadinya saya dengar jer la. Sampai la baru-baru ini saya berkesempatan untuk bertemu lagi dengan ex-boss saya dan kali ni dia bawa saya ke sebuah site kepunyaan syarikat yang juga merupakan satu pilot project dengan Indah Water. Seperti biasa, gambar boleh menerangkan dengan lebih jelas.

Loji kumbahan di Taman Sri Subang
Dikatakan bahan buangan di kawasan ini tidak mencukupi untuk membuat ujikaji bagi menghasilkan laporan yang memuaskan sehingga terpaksa 'tahi' dibeli daripada tempat lain. Rupanya membekalkan 'tahi' ataupun nama lainnya 'sludge' pun boleh buat duit sekiranya tahu siapa yang nak beli..ekeke..

Inilah STP system dalam bentuk container
Ex-boss saya ada cerita kata ada orang menceroboh masuk ke kompaun tempat ni semata-mata ingin melihat teknologi ini. Kos untuk membuat fasiliti di atas ni bernilai hampir RM2 juta.

Kuraray - Ronser Brochure (Page 2-3)

Kuraray - Ronser Brochure (Page 1-2)
Jadinya begitulah kisah lawatan saya ke sebuah loji kumbahan di Taman Sri Subang. Asalnya pertemuan ini adalah untuk membantu adik saya dapatkan kerja dengan ex-boss saya ni. Entah macam mana boleh jadi satu lawatan pembelajaran pulak.

Apa pun, teknologi ni memang berguna untuk projek-projek pembangunan perumahan terutamanya kepada 'high-rise' yang mempunyai kawasan tanah yang kecil.

You Might Also Like

0 komen