Bersalaman Dengan Presiden MAFM yang Baru

Saya merupakan seorang yang mungkin belum bersedia lagi untuk berada di hadapan sebab lebih selesa berada di belakang tabir. Namun begitu, saya agak terharu kerana setelah berkhidmat di sebalik tabir selama beberapa tahun dan kalau ikutkan takde besar mana pun sumbangan yang diberikan, akhirnya saya telah diberi sijil penghargaan di atas kerja-kerja sukarelawan yang diberikan.

Antara sumbangan kecil yang saya berikan kepada persatuan ini adalah:

  1. Web administrator (Wordpress)
  2. Email admin (Cpanel Webhost)
  3. E-mail blast (MailChimp)

Apa pun, penghargaan yang lebih perlu diberikan kepada mereka yang menyandang jawatan yang lebih tinggi dalam persatuan dan telah memberikan sumbangan daripada pengorbanan masa dan tenaga yang lebih besar. Banyak yang telah saya dapat belajar daripada pengalaman memberikan sumbangan ini.

Tahniah Dato' Sri Zohari Bin Haji Akob di atas perlantikan sebagai
Presiden Malaysian Association of Facility Management (MAFM) yang baru

Dalam usaha memberikan sumbangan kepada negara Malaysia
Sekiranya anda belum pernah memberi sumbangan, anda patut mencubanya.

You Might Also Like

0 komen