Mengenali Produk BIM ARCHICAD

Pada 21 Mac yang lalu, saya telah mendapat arahan daripada bos untuk menghadiri satu sesi kelas mengenai produk yang bernama ARCHICAD. Saya pernah dengar pasal ARCHICAD ni suatu masas dulu tapi tak pernah pulak nak try atau nak tengok apa yang boleh dibuat. Lagipun, saya dalam department untuk buat sales dan bukannya buat lukisan, apa pun ini merupakan peluang yang baik juga untuk pendedahan mengenai produk pesaing utama mereka iaitu AutoCAD daripada AutoDesk.

Seperti biasa, gambar wei..mana gambar?

Bakal Student ARCHICAD

ARCHICAD ni sebenarnya produk GRAPHISOFT rupanya

En Zait Ismail: BIM Consultant GRAPHISOFT Asia

BIMcloud: istilah cloud di sini adalah boleh akses daripada internet
Apa yang menarik minat saya terhadap ARCHICAD ni adalah apabila presenter ni mengatakan Apple ada meng'endorse' software mereka. Saya takde buat apa-apa kajian mendalam lagi tapi kalau Apple ada sebut software ARCHICAD ni dalam environment mereka bermaksud software ni mempunyai nilai kualiti yang tinggi la.

Oh, ada banyak perkara yang saya dapat belajar daripada En Zait ni, antaranya adalah sebenarnya takde software yang boleh buat all-in-one semua benda secara terbaik, kebiasaannya setiap software ada kelebihan mereka amsing-masing tetapi yang penting kita sendiri sebagai pengguna perlu tahu bagaimana nak menggunakan software tersebut. Satu lagi adalah rupanya ada banyak software-software yang terbaik datangnya daripada Eropah tetapi tidak diketahui kewujudannya disebabkan dominasi yang unggul dari segi marketing telah dibuat oleh syarikat daripada USA. Betul jugak tu kan?

Apa pun, anda boleh cuba untuk gunapakai software ARCHICAD ni secara percuma sahaja, boleh Google atau tengok sendiri di YouTube la kut software ni tak perlu saya letakkan link di sini. Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 komen