Pada hari Selasa 12/6, aku menerima satu panggilan untuk menghadiri satu lagi temuduga pada hari Khamis 14/6. Kali ini, permohonan yang mendapat respon adalah sekali lagi di Monster.com.my untuk jawatan Business Development Executive. Syarikat kali ini pada aku merupakan satu syarikat yang agak besar juga, Precision Design Solution (M) Sdn Bhd. Aku pernah beberapa kali berurusan dengan mereka pada awal-awal kerjaya aku di syarikat sekarang ni dan sememangnya aku cukup kagum dengan jumlah produk yang dibawa oleh mereka. Itu belum termasuk dengan pelbagai servis tambahan mereka lagi.
Ofis PDS terletak di Kompleks Kelana Centre Point |
Senarai syarikat di Block D Kompleks Kelana Centre Point |
Tingkat 10, Block D, Kompleks Kelana Centre Point |
Laluan ke pejabat PDS |
Setiap kali aku pergi interview, aku mesti tak terlepas daripada mengalami darah gemuruh. Lebih kurang macam nak bagi ucapan di hadapan orang ramai la. Kita tak boleh nak jangka sangat apa yang akan berlaku selepas tu. Jadinya, aku pun pergilah ke wash room dulu kasi clear dulu apa yang patut.
Check penampilan diri dulu |
Lobi PDS sambil menunggu interviewer |
Interviewer yang menemuduga aku kali ni sorang sahaja iaitu Business Manager. Banyak juga soalan-soalan berkaitan dengan cara nak membuat rundingan dengan bakal prospek, apa yang akan aku buat bila berhadapan dengan pelbagai situasi dan yang paling utama, sanggupkah anda balik lewat? Walaupun dah lama aku tak balik lewat, aku pernah ada pengalaman balik pukul 4-5 pagi semata-mata nak selesaikan tender dokumen untuk dihantar jadinya aku tidak mempunyai isu tak boleh balik lewat. Interview ambil masa lebih kurang dalam 40 minit. Sekiranya pihak interviewer berpuas hati, dia akan panggil balik untuk sesi temuduga ke-2 pula, mungkin dalam seminggu dua lagi. Apa pun, aku akan tunggu jawapan diorang macam mana.
Parking di Kompleks Kelana Centre Point ni agak mahal, sejam RM2 dan setiap jam lagi tambah RM2. Jumlah caj parking aku kena hari tu adalah RM4.20. Agaknya tu sebabnya kat luar laluan nak masuk ke Kelana Centre Point ni ada satu tempat parking berbayar RM3 per entry, mungkin di situ lagi murah kalau bekerja di sana. Temuduga kali ni agak bagus juga kerana aku dapat mempelajari sesuatu mengenai apa bisnes PDS sebenarnya, memang tak sama macam apa yang aku sangka dan fikirkan sebelum ni.
Bergambar kenangan di PDS sebelum balik |

0 komen