Isnin, 18 Jun 2012

Mendaftarkan Diri di Open University Malaysia (OUM)

Dalam proses pencarian kerja, aku sedar satu perkara, pengalaman kerja membantu dalam proses pencarian kerja, tetapi aku kekurangan satu perkara asas, aku cuma ada diploma dan diploma aku tu pulak tak berkaitan langsung dengan bidang kerja yang aku buat sekarang ni. Jadinya, aku memerlukan satu paper qualification yang membolehkan aku pergi lebih jauh lagi.

Untuk itu, aku telah pun membuat sedikit pembacaan dan pada PostGradAsia 2012 yang lepas, aku bertanya kepada pegawai yang bertugas di booth Open University Malaysia tentang apa kursus yang ada, berapa kos semua tu. Jadinya aku pun pun membuat keputusan untuk mendaftarkan diri sebagai student di IPTS ni. Pada mulanya aku ingatkan Wawasan Open University (WOU) dengan Open University Malaysia (OUM) ni sama, rupanya lain. Aku try register yang online application kat WOU sebab website dia nampak cantik dan menarik, dah register first step sekali tu bila dah masuk 2nd step, susah pulak nak kena masukkan subjek satu-satu. Aku pun give up kononnya nak pergi terus kat dia punya cawangan. Sekali tu aku cuba pulak register online application kat OUM, kacang goreng dan diterima dah pun. Pastuh aku try buat perbandingan antara OUM dan WOU.

Item OUM WOU
Website http://www.oum.edu.my/ http://www.wou.edu.my/
Establishment 2000 2006
Main Campus Kuala Lumpur Penang
Vice Chancellor Professor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali Tun Dato’ Seri Dr Lim Keng Yaik

Rupanya OUM dengan WOU tak sama. Kiranya OUM ni open universiti yang pertama, WOU yang kedua. Akhirnya aku memilih OUM la disebabkan dah berjaya dah pun register online kat OUM punya website. Pada 11/6 yang lepas, aku telah berkesempatan untuk berkunjung ke kampus utama OUM terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur (tempat aku hari-hari lalu untuk hantar isteri aku ke tempat kerjanya). Tujuan kunjungan adalah untuk membayar yuran pemprosesan permohonan dan juga menghantar salinan dokumen berkaitan (Diploma, Kad Pengenalan dan Sijil).

Rumah Meteor OUM

Rumah Meteor OUM (Pandangan lain)

Pejabat Unit Pemasaran

Suasana di Unit Pemasaran

Pejabat Unit Pemasaran

Brochure dan resit bayaran pemprosesan permohonan ke OUM

Status selepas membayar yuran pemprosesan
(Tak sampai 2 minggu pun proses)

Kini aku telah pun bergelar pelajar kembali. Kira okaylah kan intake aku nanti pada bulan September 2012. Sempatlah kut aku dapatkan kerja baru dan kumpul duit dulu untuk bayar yuran. Cumanya 5 tahun lagilah baru aku bergelar pemegang ijazah sarjana muda. Mungkin musibah yang aku alami sekarang ni ada juga hikmahnya yang mana aku telah pun memulakan langkah untuk memajukan diri sendiri. Teringat aku kat kawan serumah sewa aku dulu waktu aku belajar di UiTM Shah Alam yang mengambil ijazahnya pada usia 40 tahun secara sepenuh masa. Kiranya aku ni muda lagi la sebab belum cecah umur 35 pun lagi..

7 ulasan:

  1. aku pon nnti amik master kedua dlm bulan 9 ni gak. good luck acap!

    BalasPadam
  2. Pak Ali....master tak susah ker.... soalan exam kena jawab melayu ke english..

    BalasPadam
  3. saya pn baru je daftar oum..cuma x tau nak ambik IT or IT and management.ape pandangan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba fokus pada kerjaya, kalau nak jadi pure programmer better specialize terus. Kalau nak jadi Business Analyst, course ni sesuai la..

      Padam
  4. sy pon baru sahaja mendaftar OUM cuma x tau nk pilih course IT shj or IT management.ade pandangan?

    BalasPadam
  5. saya dulu pun ambik di Oum...terbaik..cuma kena mahir dalam BI sebab semua dlm BI.

    BalasPadam
  6. saya baru nak apply .. harap2 ok la

    BalasPadam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...