Pada bulan Mac 2018, setelah 19 bulan berlalu. Akhirnya bateri kereta saya sekali lagi terpaksa diganti. Tengah duk kalut nak keluar rumah nak hantar anak-anak ke rumah pengasuh, nak start kereta dah tak boleh.
Terpaksalah buat call bantuan. Total kos untuk penggantian bateri jenama Century, upah dan trade-in bagi kereta Alza adalah RM178 (termasuk rebate sebab jadi loyal customer).
Dulu Bateriku.com datang naik motor, kali ni up sikit naik kereta pulak.
Bateri lama yang dipasang oleh technician Bateriku.com yang dulu.
Brader technician Bateriku.com
Kereta baru berusia 4 tahun lebih tapi dah bergerak lebih 100,000km
Bila ganti bateri kereta, automatik radio kereta akan reset ke tahun pengeluaran. Dah nak kena set semula tarikh dan masa.
Kali ni Bateriku.com dah naiktaraf proses pembayaran, cuma gunakan link yang dihantar ke SMS dan perkhidmatan billplz. Memang efisyen perkhidmatan mereka. Terima kasih Bateriku.com
0 komen