Makan Dim Sum Di Selasih Garden Seafood Restaurant Hotel Tenera

Hotel Tenera merupakan sebuah hotel 4 bintang yang diuruskan oleh Koperasi Permodalan Felda Berhad yang terletak di Bangi. Harga bilik standard biasanya bermula daripada RM200 ke atas. Kalau daripada ofis saya ke tempat ni, perlukan masa hampir 20 minit jugaklah.

Di dalam premis Hotel Tenera ni ada restoran iaitu Selasih Garden Seafood Restaurant. Di atas jemputan, kami satu geng ofis pun pergi la menjamu selera makan tengah hari di sini:


Sekali-sekala makan boleh la, kalau hari-hari memang kopak poket woo..


Board menu di restoran ni


Pilihan Dim Sum di Selasih Garden Seafood Restaurant.


Suasana di dalam restoran.


Kat belakang saya tu manager saya (Kak Jun) bersama dengan manager hotel di situ yang merangkap ex-staf Kak Jun.


Makanan yang disajikan sangat sedap dan puas hati.


Muka kekenyangan masing-masing. Eh, saya sorang je lelaki rupanya? Mana pergi ntah geng laki saya habis...

You Might Also Like

0 komen