Renew & Buat Passport Anak di UTC Pudu Sentral Kuala Lumpur

Setelah berkunjung ke 2 pejabat Imegresen, akhirnya aku buat keputusan untuk ke UTC Pudu Sentral sebab aku pernah buat pasport di sini 6 tahun yang lepas waktu tu aku nak terbang pergi Taiwan.

Pada 14 Januari 2017 bersamaan dengan hari Sabtu, aku dan keluarga pun pergi la ke Jabatan Imigresen Malaysia UTC Kuala Lumpur. Sampai jam 8.30am, terpaksa beratur dulu untuk ambil nombor. Seratus orang jugak la nak kena tunggu giliran. Pergi la makan dulu kat food court tingkat atas. Pukul 10am, datang balik tengok baru 16 orang yang baru setel. Nombor aku waktu tu 1111. Letih menunggu dengan anak-anak lasak aku dah buat perangai, pergi la tunggu dalam kereta.

Pukul 1.15pm, baru sampai nombor 1084. Pukul 1.20pm tiba-tiba dah 1090 lepas tu 1.45pm dah sampai giliran kitorang. Pegawai yang uruskan pemprosesan pasport kitorang sangat sporting, anak aku yang tak berapa fotogenik dapat gak setel ambil gambar. Akhirnya jam 2.50pm, semuanya setel dengan pasport dalam tangan. Keseluruhan proses daripada pagi sampai ke tengahari mengambil masa 6 jam lebih. Mungkin sebab hari Sabtu kut, kalau hari kerja mungkin makan masa kurang daripada ni kut. So begitulah pengalaman membuat passport antarabangsa di UTC Pudu Sentral.

Ni gambar-gambar yang sempat aku ambil.


Pintu Jabatan Imigresen Malaysia UTC Kuala Lumpur

Antara maklumat dan info berkenaan JIM di pintu

Harga semasa pasport Malaysia Antarabangsa bagi tempoh 5 tahun

Kaunter ambil nombor giliran 

Papan maklumat JIM UTC KL
Nampak tak yang ada panduan nombor tu, aku mulanya tak perasan waktu ambil nombor. Kalau aku tahu, aku dah boleh keluar jalan-jalan dulu lepas tu datang balik. Puratanya ofis di UTC KL ni boleh proses 20 orang dalam masa sejam. Nombor aku time tu 1111, aku tengok nombor yang dah keluar time tu dah 13xx. Memang sampai ke lewat petang atau malam la baru sampai giliran.

Suasana pemandangan di ruang legar UTC Pudu Sentral

Anak aku akhirnya tidur keletihan selepas puas bermain

You Might Also Like

0 komen