Pengalaman Renew Passport di Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan KL Jalan Duta Yang Gagal

Daripada rumah aku ke Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta lebih kurang dalam 10 minit drive, jadinya pada 4/1/2017 yang lepas aku, isteri dan dua orang anak aku telah ke Kompleks KDN ni di Jalan Duta berdekatan dengan Publika Sri Hartamas. Di situ ada Pejabat Pendaftaran Negara yang mana pada 4 tahun lepas aku daftarkan anak aku di situ. Tempatnya memang luas dan selesa.

Malangnya pada hari kejadian, setelah mendapatkan parking yang agak dekat dengan menyelit kereta comel Perodua Viva di satu lokasi parking yang tidak mengganggu kenderaan lain, suasana luas dan selesa tersebut telah bertukar menjadi tidak begitu selesa. Satu kompleks pada hari tersebut tidak ada penghawa dingin. Sampai di Pejabat Imigresen WP Jalan duta pada jam 9.30am, ambil nombor (kena tunggu giliran dalam 100 lebih orang) dan terus ke tempat makan di cafe. Kat situ je dah nampak ada sesuatu tidak kena dengan komplek KDN ni, sampah bertimbunan di luar tandas dan hanya tandas wanita sahaja dibuka. Peluh di dahi dah mula muncul bila minum nescafe panas tarik di dalam cafe.

Bahagian Pasport Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Menunggu dengan sabar di samping kepanasan dan berpeluh di dalam ruang menunggu
Jam 10 lebih, kami sekeluarga kembali ke Pejabat Imigresen di tingkat 2 untuk melihat perkembangan semasa no tiket. Masih jauh lagi. Anak-anak aku dah mula menunjukkan perangai luar biasa disebabkan suasa yang semakin kepanasan di dalam ruang menunggu. Aku lihat ramai orang lebih suka tunggu di luar pintu kaca berbanding berada di dalam. Sampai la giliran kami pada jam 11.40am, kami pun berurusan di kaunter yang telah dipanggil. Disebabkan ada 3 passport yang perlu diuruskan, bermula dengan aku punya dulu dah setel. Bila sampai giliran anak aku pulak nak ambil gambar, dekat 5 kali berposing pun pegawai wanita imigresen tu tak puas hati sebab anak aku tak nak tengok tepat pada kamera. Setelah cuba dan mencuba siap tukar kaunter lagi, satu pengumuman tiba-tiba keluar dan mengatakan sistem down. Cuba bayangkan perasaan aku ketika itu, dah sampai giliran dan tengah proses sekali tu sistem down???

Bila tanya pada pegawai di situ, mereka pun tak tahu nak cakap bila sistem boleh up balik. Akhirnya, kami buat keputusan untuk balik sahaja sebab hari tersebut juga adalah hari pertama persekolahan tadika si Abangnya. Adakah mungkin disebabkan ketiadaan air-cond telah menyebabkan sistem di Pejabat Imigresen WP tersebut down? Bila cari di website KDN & Imigresen, tiada sebarang link untuk membuat aduan berkenaan ketiadaan air-cond di bangunan tersebut. Satu perkara lagi, aku agak hairan kenapa kerusi jenis besi dipilih untuk digunakan oleh tempat kepunyaan kerajaan ni. Okaylah, mungkin untuk bagi tahan lama dan senang untuk dicuci, masalahnya banyak bangku besi ni dah bengkok dan patah menyebabkan pengunjung tak boleh nak duduk pun. Ada masalah vandalisma ke di Wisma KDN Jalan Duta ni?

Banyak pulak aku komplen kali ini tapi aku rasa terpanggil untuk dedahkan juga realiti yang aku hadapi supaya ada tindakan susulan dapat dijalankan. Sememangnya aku sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan di Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jalan Duta ini. Mungkin anda yang membaca blog post ni boleh la menilai sama ada nak datang ke sini ataupun tidak. Diharap kalau nak juga ke Jalan Duta ni anda akan mendapat nasib yang lebih baik daripada aku la kut.

Sekian coretan kali ini. Terima kasih.


You Might Also Like

0 komen