Pengalaman Group Travel ke Bandung Indonesia (Februari 2017)

Ini merupakan group travel yang pertama aku sertai dalam sejarah aku selepas berkahwin. Group yang kami join hampir kesemuanya merupakan staf dan pensyarah Akademi Seni Kebudayaan dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bersama beberapa ahli keluarga mereka juga, cuma keluarga aku je yang ada bawa bersama anak kecil.

Berikut adalah itenary yang diberikan sebelum perjalanan bermula:

Itenary Perjalanan ke Bandung 29 Jan 2017 - 1 Feb 2017

Sepanjang perjalanan ni aku ada ambil lebih daripada 700 keping gambar guna kamerafon aku. Aku dah pilih-pilih gambar sikit sebab kamerafon aku ni mengarut sikit kualiti gambar dia. Asyik goyang jer, menyampah pulak aku.

Hari Pertama

Perjalanan bermula pada malam 29/1, parking kereta di ASWARA dan bertolak ke KLIA pada jam 4 pagi.

Dalam bas ASWARA

Best betul anak aku tido atas riba Baba dia..
Wrapping beg kasi protection sikit kalau tak beg memang cepat jahanam

Check-in beg

Sarapan awal pagi

Budak besar minum susu, budak kecik tengah mamai atas flight

Excited main headphone

Pemandangan daripada tingkap kapal terbang sebelum landing

Laluan nak masuk imigresen Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta

Muka keriangan dah selamat sampai Jakarta

Kami sekeluarga

Menunggu bas yang tak kunjung tiba

Kalau trafik jem di KL dah dahsyat, di Jakarta lagi maha dahsyat woo..

Budak pengsan

Berhenti buang air kecil di stesen minyak. Kena bayar 1,000 rupiah nak masuk toilet

Stesen minyak di mana ntah
Daripada Jakarta jam 9 pagi waktu Indonesia barat, perjalanan kami mengambil masa hampir 8 jam baru sampai ke Kota Bandung. Pukul 5 petang baru nak makan tengahari, memang lapar giler weh.

Tempat makan kami. Tone's Square
Menunggu kunci bilik hotel di Hotel Sukajadi, Bandung, Indonesia

Macam biasa, si kecik merasmikan katil king saiz kami

Benda paling mustahak, WiFi internet dan juga Kartu (Simkad pek) untuk mobile internet (murah gak, baru 75,000 rupiah atau RM25 untuk kuota 10GB beli kat depan kedai makan tempat kami singgah sebelum ke hotel ni)
Kami dah tak larat nak keluar balik daripada hotel tu sebab dah seharian berkampung dalam bas. Jadinya kami terus tidur awal.

Hari Kedua

Sarapan pagi di cafe hotel

Sukajadi Hotel tempat kami menginap

Jalan di hadapan Sukajadi Hotel

Bank di Kota Bandung

Bank lagi di Kota Bandung. Banyak jugak bank kat sini.

Suasana dalam bas

Banner di tepi jalan

Pemandangan daripada atas bas menuju ke destinasi

Kedai di tepi jalan

Kedai Indomarket, bersepah kedai ni di sana macam 7Eleven

Universiti tempatan
Tempat pertama kami kunjungi, Dusun Bambu:

Dusun Bambu, tempat pelancongan pertama kami

Rekaan bambu di background

Bergambar bersama buah hati tersayang

Peta Dusun Bambu

Yuran nak masuk Dusun Bambu (Lebih kurang RM7 sorang)

Van nak naik ke atas

Budak kecik muka bosan sebab kena ikat kat stroller

Bergambar depan Pasar Khatulistiwa

Pasar Khatulistiwa
Di Taman Desa Bambu
Muka seronok dapat naik tren mini



Posing

Bergambar berlatarbelakangkan tasik

Cantik kan tasik Desa Bambu ni

Muka nampak macam best tapi sebenarnya letih mengawal budak kecik tu..haha

Jalan-jalan Desa Bambu

Makan di Tepi Danau

Bamboo Playground. Sorang budak masuk dalam playground ni RM16.

Tinggi betul rumah ni

Si kecik tengok tempat mainan Frozen

Dah nak kena balik dah sebab dah cukup masa nak ke tempat lain pulak
Tempat kedua, Pasar Terapung atau Floating Market Lembang:
Floating Market Lembang

Pintu masuk utama Floating Market - Boleh redeem minuman dengan kupon entri di kaunter pintu masuk

Logo Floating Market Lembang

Berposing di laluan berhadapan tasik

Lapar giler so beli pisang crispy buat alas perut. Harga 50,000 rupiah. Sedap gak

Taman dan tasik di sekitar Floating Market

Semua orang posing so mesti kena posing

Tiba-tiba muncul makcik-makcik dengan kostum bagai berposing sakan di sekitar taman ni

Kawasan tempat menjamu selera Floating Market

Ni ler dia sampan Floating Market tu..aku mula duk ingat macam mana la konsep floating market ni.
Seterusnya kami ke Farm House/Hobbit House:
Arkitektur seni bina daripada Eropah

Teringat waktu aku ke Bukit Tinggi di Pahang beberapa tahun lepas
Barangan ala-ala Eropah boleh beli

Bangunan yang takde orang

Hiasan basikal

Berposing di bangunan ala Eropah

Gambar bangunan kosong

Posing adik beradik

Kemain lagi si kecik ni

Tengok ayam dengan itik

Tengok kambing biri-biri

Kat Farm House ni kupon masuk dapat sekali dengan boleh redeem susu. Katanya susu dia macam ada sedikit bau, biasalah kan susu fresh tapi aku tak rasa pun sebab hidung aku ni sensitif sikit kalau ada bau lain macam sikit, kang mood lari nanti..ekeke

Dah lapar giler ni, makan lambat lagi so meneruskan perjalanan ke tempat makan:

Promoter Amazing Art World sedang mempromosi tempat baru bukak ni di tepi jalan raya

Kantor Pos atau pejabat pos

Akhirnya tiba di tempat makan bernama Sangkuriang

Tanpa ragu-ragu terus semua orang makan
Tempat makan ni menarik jugak kat bahagian dalam, ada ruangan nak makan bersila kalau nak makan ala-ala kampung style.

Habis makan, terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu shopping kompleks pulak.
Rumah Mode Factory Outlet

Posing di sofa sekitar Rumah Mode
Aku tak sempat tengok apa-apa pun dalam Rumah Mode ni sebab jaga anak-anak aku yang aktif dan ligat tak ingat dunia. Hanya bila mengadap handphone je baru diorang ni duduk diam. Cuma aku dapat tahu daripada orang lain yang tempat ni design barang dia biasa-biasa jer lepas tu harga pun bukannya murah.

Destinasi berikutnya, shopping kain pulak:
Rumah Sulam Kana

Bunting Rumah Sulam Kana

Macam-macam jenis kain, telekung ada jual kat sini

Mereka ini memborong sakan tak ingat dunia. Ada yang hampir nak habiskan 3 juta rupiah. 

2 jam habis masa kat kedai ni sampai anak-anak aku dah tak tahu nak main apa dah. 
Mujur kedai ni ada WiFi Free so dapat la aku surfing tengok Youtube yang akhirnya dapat kat anak aku yang duk melayan.

Perut kembali lapar:

Kedai seafood Captain's

Tanpa berlengah, mereka terus melahap

Alhamdulillah, kenyang..Budak-budak dah pengsan
Hari Ketiga

Hari ini hari yang ditunggu-tunggu oleh kaki shopping. Sebenarnya hari sebelum tu ada perancangan untuk group ni berpecah sebab ada yang berminat untuk ke satu tempat yang agak popular. Nanti aku tunjuk tempat tu kat mana.

Muka gembira di waktu pagi

Mas Reza, pemandu pelancong kami membuat sedikit penerangan
Briefing yang diberi adalah memandangkan Pasarbaru merupakan satu tempat yang agak besar (7 tingkat), satu hari berkunjung di situ memang tak habis nak tengok semua kedai, jadinya mereka ada 2 pembantu yang akan membawa peserta rombongan ke tempat barang yang dikehendaki bagi menjimatkan masa. Begitulah strateginya.

Pasar Baru Trade Center

Suasana di hadapan Pasar Baru
Turun-turun bas je, kami diserbu oleh peniaga-peniaga jalanan suruh beli barang. Tak kurang juga peminta sedekah. Memandangkan dalam dompet aku ada duit Malaysia je yang tinggal berapa ringgit je pun, memang aku tak layan pun. Menariknya, peniaga-peniaga ni tahu kitorang daripada Malaysia so diorang tawarkan benda siap cakap berapa ringgit lagi.

Pemandangan daripada escalator naik di dalam kompleks Pasar Baru ni

Muka kebosanan sementara menunggu mamanya bershopping
Dikatanya barang di Pasar Baru ni lagi murah daripada Rumah Sulam Kana semalam.Tu tips sikit la kalau berkunjung ke Bandung ni.

Budak excited terlebih

Kedai kain dalam Pasarbaru ni

Kedai jual T-shirt
Tak berapa banyak pilihan kedai ni, lebih baik tengok di tempat lain.

Ruangan antara kedai. Ada macam KWC tak?

Kompleks berhadapan Pasarbaru
Satu kejadian ngeri telah berlaku ketika naik lif di sini, lif tiba-tiba terhenti dan turun ke bawah perlahan-lahan. Pintu pulak tak boleh bukak. Memang cuak kejap la, bila pintu lif bukak je terus kami lari keluar lepas tu naik escalator je.

Si Aryan dah pengsan kepenatan. Si Abgnya sibuk main mainan ada orang belikan.

Kedai cenderahati di Level 6

Berposing dengan budak pengsan

Destinasi seterusnya. Suasana di luar/hadapan Pasarbaru. Memang hectic.
Mesti mau makan dulu. Perut dah lapar weh!

Trans Studio Mall
Ini la tempat menarik yang kami terpaksa batalkan kunjungan sebab pemandu pelancong bagi masa 2 jam je. Mana cukup 2 jam kalau nak ke tempat taman tema macam ni. Dah ler nak masuk tempat ni dalam 200 ribu rupiah sorang, takkan ler 2 jam je nak lepak sini, mesti la mau sehari dua. Jadinya skip tempat ni dan kami dibawa jalan-jalan pusing Bandar Bandung.
Antara hotel yang nampak best kat Bandar Bandung ni

Sebelum sampai ke hotel kami menginap ada satu shopping kompleks bernama Paris Van Java. Sogo pun ada.
Sesi petang tu bebas sampai pukul 6.30pm untuk keluar makan malam pulak. Jadinya kami sekeluarga habiskan masa yang singkat 2 jam tu dengan swimming di pool hotel.

Kami dimaklumkan tempat makan malam kami agak jauh, katanya mungkin ambil masa 2 jam baru sampai. Rupanya tak sampai sejam pun, tempatnya dekat dengan Dusun Bambu yang kami dah pergi 2 hari lepas.

Pintu gerbang Kampung Daun

Hiasan di Kampung Daun

Penyambut tetamu siap letak bunga lagi kat telinga..Auw!!

Si Aryan berposing di pentas Kampung Daun
Selepas makan malam, kami terus kembali ke hotel untuk memunggah barangan yang dibeli:

Berjuta-juta rupiah telah dibelanjakan
Hari Keempat (Hari Terakhir)

Selepas sarapan pagi di Hotel Sukajadi dan check out daripada bilik penginapan kami, kami dibawa ke satu lagi shopping kompleks yang dikatakan terkenal:

Kartika Sari

Apabila budak-budak bertemu dengan Ultraman

Selamat Tinggal Kota Bandung
Bertolak daripada Bandung jam 10 pagi, tiba di Jakarta untuk makan tengahari jam 4 petang. 6 jam perjalanan dalam bas. Aduhai..

Restoran Sederhana Masakan Padang

Memang puas la makan masakan padang ni

Kompleks Membeli Belah Mangga Dua (Lalu depan jer)

U-Turn balik sebab nak ke Airport
Banyak pulak aku nampak Sogo kat Indonesia ni

Dah sampai Airport jam 5.15 petang

Baik pulak anak aku dengan Mas Reza ni..kemain lagi dia..

Okay, dah nak masuk gate.

Balut beg itu penting..

Dah sampai balik Malaysia naik bas ASWARA nak pulang ke KL
Begitulah pengembaraan group aku ke Bandung. Lama betul aku nak siapkan blog post ni, dekat seminggu  jugak sebab ada 700 lebih gambar aku nak kena pilih. Letih, okaylah..nak tido..Bye..

You Might Also Like

2 komen

  1. Salam :) Teringin nak ke Indon, boleh suggestkan tempat2 best dekat Bandung? :)

    ReplyDelete
  2. berapa yea harga "balut beg" airport kita dengan airport sana?

    ReplyDelete