Saya bukan pundit dalam arena automotif. Oleh itu saya sebenarnya tak tahu apa-apa sangat berkenaan kereta. Apa yang saya ada cumalah Diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal dalam pengkhususan automotif. Itupun ambil masa 4 tahun nak habiskan diploma di UiTM. Sangat tidak genius.
Setelah 29 bulan atau hampir 2 tahun setengah setelah blog post Bertukar Daripada Tayar Jenama Silverstone Synergy M5 ke Jenama Viking Protech PT5 ditulis, tibalah masanya untuk tukar tayar kereta yang dah botak di tepi disebabkan alignment dah lari. Seperti biasa, untuk kelangsungan ekonomi, hanya 2 tayar di hadapan yang ditukar. Sepanjang 2 tahun lebih guna tayar ni, memang saya tak pernah nak buat apa-apa re-alignment atau rotation yang sepatutnya dibuat. Jangan ditiru perbuatan ini.
Dulu saya beli tayar di bengkel berdekatan ofis, kali ini saya tukar di bengkel dekat dengan rumah sahaja. Saya minta mekanik tu rekomen tayar apa yang okay, dia pun rekomen tayar Winrun. Saya tak pernah dengar jenama Winrun, tapi pada harga RM150 seketul, ambil jer la. Dulu saya pernah nak jimat, ambil la 2nd hand punya tayar, tapi bila pakai beberapa bulan dah botak, lebih baiklah tambah sikit duit ambil yang baru terus, itulah penjimatan yang sebenar.
Nah, tengok lah bil.
Setelah memandu beberapa ketika, okay jugak tayar Winrun ni. Harap boleh bertahan untuk 2 tahun lagi yang akan datang.
0 komen