Pengalaman Proses Melanjutkan Moratarium Loan Kereta di Maybank

Pada 8 Disember 2020, saya telah ke Maybank setelah menerima panggilan daripada pegawai Maybank pada 4 Disember (hari Jumaat). Dalam perbualan dengan pegawai bank tersebut, memandangkan saya masih lagi mempunyai pekerjaan cuma income telah berkurangan, maka saya tidak layak untuk mendapat 6 bulan moratarium sebaliknya boleh memohon untuk penyusunan semula pembayaran. Sekiranya saya bersetuju, maka saya perlu hadir ke Maybank untuk urusan tandatangan dokumen.

Saya terlupa nak rekodkan bila saya apply di website Maybank2u tapi kalau tak silap saya seminggu sebelum moratarium tamat pada bulan September yang lepas. Memandangkan Maybank pada ketika itu letak 2 borang iaitu loan rumah dan loan kereta, saya isi jer dua-dua.

Pada 15 Oktober, permohonan moratarium untuk loan rumah saya telah mendapat respon, maka lega sedikit beban kewangan saya untuk sementara waktu. Tiada sebarang dokumen yang perlu ditandatangi.

Berbalik kepada kunjungan saya ke Dataran Maybank di Bangsar, setibanya saya di lobi Tower A pada jam 10.20am, kelihatan queue yang agak panjang. Menjelang 11am, akhirnya saya tiba di tingkat 12. Pegawai bank membawa dokumen yang perlu diisi sedikit maklumat dan seterusnya perlu ditandatangani. Kelihatan tajuk surat tawaran iaitu pakej untuk M40.

Pegawai bank tersebut memberikan sedikit penjelasan mengenai tawaran yang disediakan, iaitu 3 bulan moratarium atau penangguhan bayaran Hire Purchase (HP) kenderaan dan penyusunan semula pembayaran. Maka baki bayaran dikira semula dengan tempoh pembayaran yang lama dan ditambah dengan kadar faedah yang baru (kurang sikit peratusannya berbanding saat tawaran permulaan). Ini menjadikan bayaran bulanan kenderaan saya berkurangan hampir separuh tetapi masa bayaran di 'reset' semula (108 bulan).

Kebetulannya saya sememangnya sudah tiada lagi kapasiti untuk membuat sebarang jenis pinjaman (Ahli AKPK) dan ini merupakan pilihan penyelamat yang sememangnya tidak boleh dilepaskan. Walaubagaimana pun, saya telah menyimpan hasrat untuk membuat 'full settlement' apabila keadaan mengizinkan. Pukul 12pm segala urusan akhirnya diselesaikan.

Sedikit update, boleh rujuk di laman web Maybank seperti screenshot di bawah:

 

Semoga berjaya dalam permohonan anda.

You Might Also Like

0 komen