Makan-makan Di Kantin@Gombak

 Makan-makan di Kantin@Gombak, terletak lebih kurang 15 minit daripada rumah saya.


Tempat ini diperkenalkan kepada saya oleh isteri saya.


Ada macam-macam menu untuk makan. Harganya berpatutan tapi rasanya kalau hari-hari datang makan sini memang kopak gak dompet.


Kena order, bayar lepas tu penjual akan bagi tag RFID bergetar ni. Bila dah siap makanan, benda alah ni akan bergetar iaitu tandanya kena pergi sendiri ke kaunter penjual tadi untuk ambil makanan atau minuman yang dah siap.


Saya bukan peminat Churros, tapi dah beli kena hantam makan jugaklah.


Budak-budak zaman sekarang kalau gadget takde boleh jadi mati kutu. Payah jugak kan? Okaylah, itu sahaja cerita makan-makan di Kantin@Gombak ni.

You Might Also Like

0 komen