Menghadiri Microsoft Innovation Summit 2019 di KLCC Convention Centre

Saya tengah browse Facebook sekali tu ternampak iklan event Microsoft ni. Entah macam mana, saya pun mendaftarkan diri untuk hadir.

Selfie di backdrop Microsoft Innovation Summit

Backdrop Microsoft Innovation Summit

Sampai jer tempat event..tu dia barisan beratur nak mendaftar

10 minit berlalu..akhirnya nak sampai ke kaunter

Nak masuk dewan utama dah penuh, kita tengok live telecast jer la kat dewan banquet.
Rupanya boleh tengok melalui FB Live da..

Dengan geng ex-ofis (Baru je semlm last dia dia)

Live telecast
Banyak juga benda-benda menarik yang telah di share dalam ucapan panel-panel ni terutamanya bagaimana mereka menggunakan teknologi daripada Microsoft untuk membuat kerja.

Booth Track-O-Matik
Ni booth yang agak menarik, ada CCTV ambil video lepas tu dia terus analyze sama ada anda ni tua atau muda, lelaki atau perempuan, melayu atau cina atau india..memang sangat awesome teknologi ni. Kita abaikan dulu komen-komen skeptik ok?

Booth-booth lain di sini

Fuih..banyak lagi booth nak kutip chop ni

Canteekk..ada orang bagi cheat mode untuk jawab teka silang kata
Selepas lunch sebelah tengaharinya (lunch di KLCC Convention boleh tahan la jugak walaupun ada tempat lain yang lagi best sebenarnya), kami pun masuk ke sesi Business Track sebab Technical Track terlalu teknikal dan tak berapa relevan dengan department kami.

Future of Workforce and How to Get Your Business Future Ready oleh Christopher Choong, Dell EMC

Christopher Choong, Product Manager, Dell EMC
Sangat menarik cara dan flow penyampaian Christopher Choong ni sebab beliau terangkan topik ini secara hubungkait antara perkara yang telah berlaku yang dekat dengan penonton. Of course saya dah hampir lupa apa dia cerita apa tapi memang sangat menarik apa yang disampaikan yang mana beliau tunjukkan data-data yang telah dikumpulkan mengenai ketibaan Gen-Z seperti di bawah:

Gen Z sebenarnya dah sampai

Apa yang Gen-Z mahukan, memang sangat berbeza berbanding Gen-X iaitu generasi saya

Sampai slide ni saya sendiri pun dah tak berapa nak faham apa benda..haha
Tapi apa yang presenter ni sampaikan memang antara yang terbaik yang lain daripada yang lain. Siap ada ceritakan bagaimana cara nak menjual yang betul disamping beliau sendiri tanpa malunya mempromosi produk yang beliau nak jual iaitu Dell laptop. Sangat sempoi.

Bergambar bersama pasukan saya
Saya sebenarnya dah terbiasa pergi ke event sorang-sorang, so bila kali ni dapat bersama pasukan lagi rasa bersemangat dan seronok sebab tak keseorangan. Apa pun, nanti saya akan update lagi event-event yang kami telah pergi dan juga event-event akan datang.

You Might Also Like

0 komen