Menonton Upin Ipin Keris Siamang Tunggal di TSR Cinemax Shah Alam
- April 07, 2019
- By Encik Jay
- 0 Comments
Kawasan Kampung Padang Jawa merupakan tempat yang saya selalu datang untuk makan waktu zaman saya bergelar student di UiTM Shah Alam sekitar tahun 2000-2004. Sememang tempat ni dulu takde apa sangat dulu. 14 tahun kemudian, kawasan Kampung Padang Jawa berkembang pesat dengan pembangunan yang rancak. Setelah sekian lama tak datang, rupa-rupanya ada satu bangunan di sini yang di dalamnya ada panggung wayang. Saya ingat lagi dulu waktu saya berada di Shah Alam, untuk pergi tengok wayang perlu pergi sama ada ke Klang di Jusco AEON Bukit Raja atau ke Sunway Pyramid.
Lokasi panggung wayang yang saya maksudkan adalah berada di dalam bangunan IRDKL Mall. Melalui pembacaan di website mereka, rupanya bangunan IRDKL Mall ni direka untuk kegunaan hiburan keluarga, korporat serta majlis-majlis. Menarik juga konsep yang diperkenalkan ni.
Sempena hari minggu, sebenarnya saya tak expect pun nak singgah IRDKL ni sebab ingatkan nak pergi bawa anak-anak untuk menonton wayang cerita Upin-Ipin: Keris Siamang Tunggal di panggung wayang di AEON Bukit Tinggi Klang sebab malamnya nak ke Banting, sekali tu rupanya di Shah Alam dah ada jadi tak perlu la menggagau cari panggung wayang dengan waktu tayangan yang tak tentu lagi ada ataupun tidak.
Di kaunter TSR Cinemax |
Kaunter beli tiket wayang |
Suasana berhadapan kaunter tiket |
Banner Shazam di TSR Cinemax |
Panggung wayang memang pandai sungguh target ibu-bapa |
Membeli snek untuk dijamah waktu menonton. Harga jangan tengok..pejam mata, telan air liur dan bayar jer..ahaha |
Menu pilihan |
Di tapak bangunan belakang saya tu 15 tahun lepas tempat saya suka lepak makan di restoran Tom Yam dulu |
Pemandangan Kampung Padang Jawa daripada bangunan IRDKL ni |
Keterujaan budak-budak dengan bapak budaknya sekali |
Selesa dan bagus kerusi di TSR Cinemax ni |
Sememangnya keadaan masa kini mengalami perubahan yang semakin ketara berbanding 5-10 tahun yang dahulu.
0 komen