Buka Booth Jualan di Community College Mountain Bike Challenge 2019

Pada hari Ahad 7hb April yang lalu, isteri saya telah dijemput untuk membuka booth jualan di Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) yang terletak di Batang Kali. Ini merupakan kali ke-2 la beliau dijemput membuka booth disebabkan penganjur acara ini merupakan ahli keluarga terdekat. Event di KKHS ni sebenarnya mengenai Mountain Bike Challenge jadinya bagi saya la rasa agak pelik jugak kalau bukak booth kecantikan di acara sebegini. Memandangkan booth jualan tiada sewa atau bayaran dikenakan jadinya apadahal.

Sebenarnya saya asalnya macam tak nak pergi tetapi memandangkan hari tersebut adalah hari Ahad dan saya tiada apa nak buat di rumah selain menjaga anak-anak, saya buat keputusan untuk join bersama la untuk jaga booth dan bawa sekali anak-anak.

Semestinya bergambar merupakan antara aktiviti bila dah berada di lokasi yang tak selalu dikunjungi maka inilah sedikit hasilnya:

Sampai-sampai je KKHS nampak banyak betul basikal

Garisan penamat 

Di kawasan peserta CC MTB Challenge 2019

Peserta CC MTB Challenge bersantai selepas penat berkayuhan

Pentas upacara CC MTB Challenge

Satu famili angkut jaga Booth Jualan Young & Glow by Datin Noor Kartini
*Sedikit Iklan:
Sedikit iklan mengenai Young & Glow ni, personally saya tak pernah pakai la produk foundation ni. Produk ni isteri saya pakar la kalau nak tanya apa-apa tetapi yang saya tahu produk ni boleh tahan untuk 3 bulan penggunaan dan buat masa ni Datin Noor Kartini iaitu mak kepada selebriti terkenal di Malaysia iaitu Neelofa hanya jual 1 produk ni sahaja. Kelebihan di sini kalau anda jadi rakan niaga adalah anda hanya perlu fokus jual satu produk sahaja kepada pembeli, tak perlu pening kepala.

Jadinya kalau berminat untuk menjadi rakan niaga Young & Glow, boleh hubungi saya untuk saya channelkan kepada isteri saya yang merupakan ejen jualan berdaftar Young & Glow yang sah. Potensi keuntungan setiap jualan produk adalah sekitar 20% yang pada pendapat saya agak tinggi juga bagi satu produk kecantikan yang mempunyai kualiti yang tinggi sebegini

Jadual atau Senarai Kursus Pendek di Kolej Komuniti Hulu Selangor bagi yang berminat
Memandangkan event yang kurang relevan kepada fungsi produk, maka tiada jualan yang dapat dibuat cuma dapat beberapa prospek jualan daripada staf KKHS sendiri yang ingin membeli produk ini. Berniaga ni sememangnya memerlukan kekentalan mental dalam menghadapi cabaran seperti ini.

You Might Also Like

0 komen