APAC Business Partner Meeting di Pullman Kuala Lumpur

Selalunya saya tak berapa nak cerita sangat pasal kerjaya saya dalam blog ni, tetapi kali ni rasanya tak salah pun kalau saya nak cerita sebab rasanya saya belum ada plan untuk menukar kerjaya saya lagi buat masa ini.

Bagi anda yang belum tahu lagi, kerjaya saya adalah di dalam bidang sales and marketing di sebuah syarikat bumiputra yang fokusnya di dalam bidang pengurusan fasiliti secara digital. Zaman sekarang ini, kita semua sikit demi sedikit telah pun beralih daripada manual kepada digital. Rasanya zaman anak-anak kita nanti majoriti proses pengurusan akan dilaksanakan dalam bentuk digital, jadinya untuk menyelesaikan masalah transisi ini, itulah wujudnya syarikat seperti mana tempat saya bertugas.

Syarikat saya juga adalah salah satu wakil bagi sebuah syarikat antarabangsa yang membawa perisian bernama ARCHIBUS. Pertama kali saya diperkenalkan kepada perisian ini adalah pada 2005 dan saya pun sebenarnya tak sangka dah lebih 12 tahun dah saya bersama dengan perisian pengurusan fasiliti digital ini. Cukuplah kut intro pasal kerjaya saya, kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke laman web Linkedin dan cari saya di sana (sengaja saya tak nak bagi link direct ke profile Linkedin saya sebab nak bagi anda buat kerja sikit..hahaha).

Jadinya pada akhir bulan September yang lalu, telah diadakan satu bisnes partner meeting bagi kawasan Asia Pacific region dan kebetulan tahun ini pulak diadakan di Kuala Lumpur. Tahun lepas saya tak pergi sebab diadakan di Bali dan saya tidak tercalon untuk hadir jadi tahun ni sebab kat KL jadinya saya pun berpeluang untuk hadir. Oh yer, event ni kena bayar jadinya syarikat yang tanggung la..haha..


Gaya itu penting apabila kita ada driver sendiri..haha
Ada sorang kawan saya apabila saya post gambar di atas di Instagram saya, beliau dengan tepatnya boleh agak saya naik GRAB siap dengan kereta jenama apa lagi, hebat betul penilitian beliau..huhu..


Nama syarikat dan lanyard sempena event

Aturcara majlis sepanjang 2 hari
Event ini memerlukan kesemua hadirin menandatangani satu 'Non-disclosure Agreement' atau ringkasannya NDA sebab segala maklumat yang ditunjukkan sepanjang 2 hari tersebut adalah ekslusif bagi mereka yang hadir sahaja dan tidak boleh didedahkan secara umum. Tetapi dalam blog ini, fokusnya adalah kepada saya dan bukannya

China Digital Economy
Antara intipati yang menarik perhatian adalah perkembangan dunia digital sekarang ini yang sedang mengubah landskap dunia kewangan. Sebenarnya bank seluruh dunia sedang takut dengan perubahan yang sedang berlaku ini..huhu..

Rehat jap sambil bersembang "speaking London" dengan partner-partner yang lain 

Berposing di dalam bilik seminar

Minum petang di kedai makan roti canai di Wisma Cosway bersama pasukan

Berposing sementara tunggu makan malam sampai ke meja

Dah lama tak rasa masakan cina ni..boleh tahan jugak sedap..tapi perut tak muat laa..

Dah kekenyangan, nak menapak balik naik tren pun dah mengah..hahaha

Seminar Day 2:
Yang tengah pegang microphone tu CEO kepada international company. Multi-billion dollar woo.. 

Sebelah kanan belakang saya tu partner daripada Australia, pernah dengar nama dia 12 tahun lepas akhirnya dapat jumpa dia

Makanan di Pullman Hotel. Perghh..memang sedap dan mantop!

Ntah macam mana boleh duduk semeja dengan CEO, kita dengar jer la cerita dia
Begitulah serba sedikir kisah 2 hari meeting bersama dengan bisnes partner di Asia. Banyak perkara yang kami belajar dan share, sememangnya terlalu banyak lagi potensi yang belum diterokai dalam bidang yang syarikat saya ceburi ini namun begitu cabarannya juga boleh tahan jugak.

Semoga maju jaya saya ucapkan kepada semua!

You Might Also Like

1 komen