Pada awal bulan September 2018 yang lalu, beberapa peristiwa sedih telah berlaku. Pada akhir bulan Ogos, bos department di ofis saya telah meninggal dunia disebabkan "Kanser Advance Right Maxillary Sinus Carcinoma" yang mana saya menyaksikan sendiri bagaimana apa yang bos saya ingat cuma masalah sinus rupa-rupanya adalah kanser sinus. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, mukanya bengkak dan terpaksa dibedah. Kami di ofis pada mulanya ingat beliau akan kembali pulih dan bertugas semula setelah menerima rawatan chemo-therapy tetapi beliau menghilangkan diri beberapa bulan sebelum dikejutkan dengan 1 mesej Whatsapp group yang memberikan lokasi tanah perkuburan. Apa pun, Al-fatihah kepada Allahyarham En. Azlan bin Zakaria, semoga rohnya dicucuri rahmat.
Dalam masa yang sama, salah seorang daripada famili saya juga beberapa bulan yang lalu mendapat berita akan mendapat ahli keluarga baru ataupun 'baby', namun begitu atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan kandungan tersebut terpaksa digugurkan dan daripada kes tersebut berlakunya siri-siri kemorosotan kesihatan yang seterusnya dikenalpasti melibatkan kanser ditambah lagi dengan jangkitan kuman telah menyebabkan penyembuhan menjadi semakin tipis dan akhirnya tuhan lebih menyayangi adik ipar saya yang menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Al-fatihah kepada Sharifah Haslinawati Syed Ahmad, semoga rohnya dicucuri rahmat.
Okaylah, sedih tetap sedih tetapi hidup perlu diteruskan. Gambar-gambar pilihan sepanjang berada di Terengganu pada bulan September yang lalu:
Budak-budak tidak dibenarkan masuk ke wad. Jadinya kami bersantai di tepi pantai main pasir di pantai Batu Buruk |
Malam pertama kami bermalam di Homestay Siti Khadijah |
Pandangan di Homestay Siti Khadijah pada waktu siang |
Solat Jumaat di Masjid Kampung Losong Haji Shafie |
Sekali lagi bawa budak-budak main pasir di pantai Batu Buruk |
Malam ke-2 kami bermalam di Homestay Pak Mansor |
Beli sarapan pagi di Pasar Chabang Tiga: Memang murah dan sedap |
Sarapan bawah flyover ataupun Kedai Makan Bawah Retok |
Homestay di Villa Kristal |
Check-in di Gem Beach Resort |
Pantai di sebelah Gem Beach Resort |
Makan di Liza Nasi Kerabu: Nasi kerabu di Pantai Timur memang sedap wehhh |
Rupanya makan Nasi Kerabu kat sini kena cepat sebab tengahari kedai nak tutup dah |
Beli keropok lekor
|
Che' Wer Chalet: Tengok dalam Google lain la pulak. Cawangan kut mungkin |
Suasana di ruang tamu |
Pemandangan di tingkap daripada tingkat atas |
0 komen