Menghadiri Family Day 2018 Taska Dato Onn di Felda Sg Klah Sungkai
- November 09, 2018
- By Encik Jay
- 0 Comments
Tahukah anda Taska Kemas ni sebenarnya ada banyak duit? Haha..sekiranya anak anda belajar di Taska KEMAS dan anda pernah menghadiri perjumpaan tahunan, anda boleh lihat berapa amun kewangan jumlah keluar masuk duit masuk mereka. Sekiranya anda seorang pengusaha sebarang servis kepada Taska KEMAS ini, anda sebenarnya boleh menjana untung dengan memberikan perkhidmatan kepada Taska-taska KEMAS ini. Mungkin anda buat research anda sendiri untuk melihat potensi bisnes yang boleh anda ceburi ini.
Pada 29 September yang lalu, pihak taska anak saya telah mengadakan satu majlis Family Day 2018 setelah voting di dalam group WhatsApp di antara Felda Sg Klah dengan Gloria Beach Resort Port Dickson dimenangi oleh Felda Sg Klah (21 undi vs 9 undi). Bayaran yang dikenakan adalah:
RM60/1 Dewasa
-Bayaran Masuk
-sarapan pagi
-makan tengahari
-t-shirt family day
RM30/1 knk2 (5thn +)
-bayaran masuk
-sarapan pagi
-makan tengahari
Acara ditulis bermula 7.30 pagi, dekat pukul 7 pagi baru daripada KL pecut sampai ke Felda Sg Klah Sungkai lebih kurang jam 8 pagi. Rupanya ramai lagi yang tiba kat tempat ni pada waktu yang sama, kira okaylah.
Baju pink woo |
Khemah acara |
Posing dulu sebelum senamrobik |
Acara bawak bola ping-pong guna sudu |
Upacara menerima hadiah |
Posing sebelum terima hadiah |
Dapat hadiah mainan IKEA terus nak main |
Selesai acara pagi, pergi mandi la apa lagi |
Tempat bersuka ria kanak-kanak |
Signboard pelik sebab banyak translate tapi boleh la daripada takde langsung kan? |
Tempat masak telur guna air panas |
Jom rebus telur ayam. RM5 jer. |
Tempat mandi besar sikit |
- Air mandi di sini macam tak berapa bersih sangat jadinya kalau kulit sensitif tu kena berhati-hati la ye
- Kalau ada sunblock, lebih baik pakai la
- Tempat mandi yang besar sikit tu lantai dalam air tu agak kasar jadinya sakit kaki woo
- Main slide tu pun kena berhati-hati sebab permukaan lantai tak smooth, kalau kulit nipis memang menangis
- Better bawak sendiri la makanan atau makan siap-siap (beg akan kena check sebelum masuk tempat ni) makanan kat sini takde yang menarik, setakat boleh isi perut je boleh la (ada la megi dengan burger yang overprice)
- Air panas dia boleh tahan jugak panas jadinya kena berhati-hati la
0 komen