Terima kasih kepada rakan seofis saya, Shahrul Azman kerana telah merekomen tempat makan yang sangat menarik ini. Teringat zaman-zaman awal masuk kerja dulu, setiap kali hari Jumaat sebelum solat Jumaat, mesti pekena sup daging padu. Walaupun sebenarnya lemak-lemak daging ni tak elok untuk kesihatan jantung, namun begitu, risiko tersebut tidak dapat menandingi kesedapan sup daging ni. Memang teruk tapi itulah hakikatnya. Gambar mana gambar?
Selfie di depan Restoran Sururi.
Sempoi jer lauk, 1 mangkuk sup daging, nasi kosong dengan begedil. Ini pun dah cukup nikmat.
Restoran Sururi terletak di Desa Pandan. Boleh rujuk pada video YouTube ini:
*Boleh forward ke minit 8:19 untuk lihat JayHemSem ter'cameo di dalam video ini.
Awal tahun lepas 2019, saya telah pun datang ke Kampong Balik Bukit, Kuala Linggi, Melaka. Pada waktu itu, saya hanya datang balik hari sahaja sebab ada urusan kerja. Setelah membuat planning yang rapi, saya sekeluarga pun kembali ke sini untuk bermalam pula.
Dalam perjalanan pulang ke KL, kita layan sekali lagi Kodai Hijau punya lauk pauk yang sungguh padu.
Kalau berminat nak bermalam di Ombak Biru Chalet, boleh rujuk di post saya ini.
Pintu bilik air di rumah mak saya dah rosak sejak sekian lama, duk tangguh-tangguh nak repair. Akhirnya kebetulan ada masa terluang sedikit pada hujung minggu, kitorang pun berkunjunglah ke Big Bath di Kepong.
Katalog nak pilih corak pintu, pilihlah sampai lebam.
Untuk pemasangan, dalam tempoh seminggu nanti ada tukang pasang akan call dan datang rumah untuk buat sukatan ukuran pintu. Kos untuk keseluruhan projek tukar dan pasang pintu bilik yang dah rosak ini adalah RM469.
Boleh Google jer Big Bath kalau berminat, saya takde kena mengena dengan Big Bath ni tau. Big Bath kalau nak saya promosi lebih-lebih, boleh contact saya..huhu..






















