Mencuba Sup Daging Padu Restoran Sururi

Terima kasih kepada rakan seofis saya, Shahrul Azman kerana telah merekomen tempat makan yang sangat menarik ini. Teringat zaman-zaman awal masuk kerja dulu, setiap kali hari Jumaat sebelum solat Jumaat, mesti pekena sup daging padu. Walaupun sebenarnya lemak-lemak daging ni tak elok untuk kesihatan jantung, namun begitu, risiko tersebut tidak dapat menandingi kesedapan sup daging ni. Memang teruk tapi itulah hakikatnya. Gambar mana gambar?

Selfie di depan Restoran Sururi.


Sempoi jer lauk, 1 mangkuk sup daging, nasi kosong dengan begedil. Ini pun dah cukup nikmat.

Restoran Sururi terletak di Desa Pandan. Boleh rujuk pada video YouTube ini:

*Boleh forward ke minit 8:19 untuk lihat JayHemSem ter'cameo di dalam video ini.


You Might Also Like

0 komen