Awal tahun lepas 2019, saya telah pun datang ke Kampong Balik Bukit, Kuala Linggi, Melaka. Pada waktu itu, saya hanya datang balik hari sahaja sebab ada urusan kerja. Setelah membuat planning yang rapi, saya sekeluarga pun kembali ke sini untuk bermalam pula.
Kami sekeluarga memang suka berkunjung ke pantai untuk menikmati suasana permai di tepi pantai.
Kami bermalam di bilik homestay kepunyaan keluarga kawan isteri saya. Bilik ni cukup lengkap dengan water heater, aircond semua. Cuma ada kejadian bilik dicerobohi oleh kumbang terbang dan kelkatu gergasi telah menyebabkan sedikit drama di kalangan budak-budak. Sekarang ni kalau di KL, memang dah takde langsung dah serangga-serangga seperti di kampung tak macam waktu saya kecik-kecik dulu.
Selfie tu biasalah zaman sekarang ni.
Gambar blur sikit sebab letak fon dalam casing kalis air. Tengok la shark puppet pun ada ni.
Sebelah malamnya kami melancarkan misi mencari tempat makan best.
Suasana penuh orang di sini.
Selamat datang ke Restoran Terapong Fort Supai.
Bukan senang nak jumpa Restoran Ikan Bakar Terapung ni. Memang tempat ni berada di atas laut berhampiran pantai di sini. Malangnya disebabkan jumlah orang yang ramai, kami tak jadi nak makan di sini disebabkan oleh terpaksa menunggu lama untuk hidangan disiapkan.
Kami merentas masuk ke Negeri Sembilan di Pasir Panjang namun demikian apabila pekerja kedai kata tempat ni pun tempoh menunggu makanan pun lama, tak jadi makan di sini.
Akhirnya kami nampak kedai di tepi jalan D'Lilna Food station (kedai kuning) dan dengan kelaparan, kami order nasi goreng kampung dan roti canai. Namun begitu, saya ada isu sikit dengan kepedasan masakan Negeri Sembilan ni. Memang padu betul kepedasannya.
Dalam perjalanan pulang ke KL, kita layan sekali lagi Kodai Hijau punya lauk pauk yang sungguh padu.
Kalau berminat nak bermalam di Ombak Biru Chalet, boleh rujuk di post saya ini.
0 komen