Dalam kehidupan seorang pekerja, pejabat adalah tempat kedua di mana kita menghabiskan masa dalam sehari. Maka adalah normal apabila rakan-rakan sepejabat adalah keluarga kedua kita. Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan keluarga kedua yang telah serasi ini, namun begitu apabila timbulnya insiden-insiden yang tidak terduga, adalah perlu untuk kita fikirkan mengenai masa depan dan menukar hala tuju demi kepentingan masa depan sendiri. Namun begitu, apabila tiba masanya untuk berpisah, sememangnya ianya merupakan suatu yang amat sukar untuk digambarkan.
Berkenalan dengan ARCHIBUS sejak tahun 2005, 15 tahun perkenalan dengan produk ini telah memberikan pelbagai pengetahuan dan pengalaman.
3 bulan notis berhenti kerja sememangnya satu tempoh yang agak lama, saya pula hantar surat notis berhenti kerja tu sebelum saya berjaya mendapatkan kerja di tempat lain, memang betul-betul 'gamble'. Setelah 5 sesi interview dan berpuluh permohonan jawatan di JobStreet, LinkedIn dll, akhirnya satu surat tawaran kerja telah diperolehi dan bukan daripada bidang yang sama.
Apa pun, terima kasih kepada semua yang telah bersama dengan saya dan semoga anda berjaya di dalam apa jua yang anda sedang usahakan!
1 komen
awak ni hensem la...kena dgn nama blog
ReplyDelete