Di ofis saya, satu perkara yang paling dititik beratkan disebabkan oleh PKPB adalah makan tengah hari. Kalau sebelum zaman PKPB, sememangnya kami satu department akan keluar makan ke kedai makan di mana sekitar ofis, namun begitu setelah tibanya zaman PKPB ni, kami banyak order makanan daripada luar dan makan di ofis sahaja.
Pada suatu hari, kami punya manager mencadangkan Burger Wagyu. Kami pun okay jer la, ingatkan tong-tong bayar makan, sekali tu manager kami belanja. Satu set ni dalam RM30 lebih kalau tak salah.
Saya biasa makan burger kena letak paling kurang pun sos cili. Namun untuk burger wagyu ni, demi memastikan rasanya betul-betul orginial, maka makan terus la tanpa sos cili. Bagi saya daging wagyu ni memang lembut, ada rasa lemak-lemak dalam daging tu, cuma disebabkan oleh telah dijadikan burger, maka tak berapa nak tahu nak terangkan rasanya macam mana. Kalau makan daging wagyu yang memang seketul daging tu mungkin boleh cerita rasa daging wagyu ni.
Apa pun, terima kasih manager kami yang telah belanja satu department makan burger wagyu yang sangat unik ini. Oh yer, kenyang ke makan burger wagyu ini untuk makan tengahari, kalau perut anda memang tegar dan perlukan nasi setiap kali makan tengahari, sememangnya anda kena cari nasi juga pada sebelah petangnya.
0 komen